255 projek JKR mendahului jadual – Ahmad Maslan

Ahmad melihat perkembangan ketika lawatan kerja ke tapak projek menai ktaraf jalan FT1486 dari persimpangan lampu isyarat Bukit Goh ke Kotasas pada Khamis.
Ahmad melihat perkembangan ketika lawatan kerja ke tapak projek menai ktaraf jalan FT1486 dari persimpangan lampu isyarat Bukit Goh ke Kotasas pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN – Sebanyak 255 daripada 855 projek infrastruktur di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) di seluruh negara ketika ini berada dalam status mendahului jadual (AOT).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, jumlah tersebut mewakili daripada keseluruhan projek bernilai RM49.7 bilion yang sedang rancak dalam pembinaan.

Menurut beliau, pencapaian memberangsangkan itu membuktikan kecekapan kontraktor tempatan dalam menguruskan projek dan aliran kewangan dengan cemerlang.

“Daripada keseluruhan projek, sebanyak 30 peratus siap lebih awal manakala 32 peratus lain berjalan lancar mengikut jadual.

"Pihak yang berjaya menyiapkan kerja lebih awal wajar diberi pengiktirafan kerana memberi manfaat kepada rakyat, kerajaan dan syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek menaik taraf jalan FT1486 dari persimpangan lampu isyarat Bukit Goh ke Kotasas di sini pada Khamis.

Ahmad mendengar penerangan berkaitan projek yang sedang dilaksanakan di daerah ini pada lawatan kerja ke tapak projek menaik taraf jalan FT1486 dari persimpangan lampu isyarat Bukit Goh ke Kotasas pada Khamis.
Ahmad mendengar penerangan berkaitan projek yang sedang dilaksanakan di daerah ini pada lawatan kerja ke tapak projek menaik taraf jalan FT1486 dari persimpangan lampu isyarat Bukit Goh ke Kotasas pada Khamis.

Ahmad berkata, antara projek yang berjaya disiapkan lebih awal ialah pembinaan jambatan di Air Patau-Patau, Labuan yang siap sembilan bulan lebih awal daripada jadual asal.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, projek pembaikan Kolej Vokasional Labuan turut mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila disiapkan setahun lebih awal.

“Apabila projek disiapkan lebih awal, rakyat dapat memanfaatkan kemudahan tersebut lebih cepat, kerajaan pula dapat mengelakkan kos akibat kelewatan, manakala kontraktor mengurangkan kos operasi.

“Sebagai contoh, jika kos operasi mencecah RM200,000 sebulan, penjimatan sehingga RM2.4 juta boleh dicapai sekiranya projek disiapkan setahun lebih awal,” katanya

Susulan prestasi itu, Ahmad Maslan memaklumkan mana-mana kontraktor yang memiliki rekod prestasi baik akan diberikan keutamaan dalam urusan tender projek kerajaan pada masa hadapan.

Tegasnya, kriteria seperti memiliki rekod AOT, pengurusan kewangan yang kukuh serta tidak pernah dikenakan denda Ganti Rugi Ditetapkan (LAD) akan memberikan markah bonus dalam penilaian Lembaga Perolehan.

“Mana-mana kontraktor yang menunjukkan prestasi cemerlang begini akan mendapat nilai tambah.

"Ini adalah pengiktirafan kepada mereka yang komited memastikan projek infra rakyat disiapkan tanpa sebarang kelewatan,” jelasnya.

Terdahulu, beliau memaklumkan hasil Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat mendapati sebanyak 2,607 projek fizikal bernilai RM154.403 bilion telah dilaksanakan oleh JKR setakat 26 Januari lalu.

Bagi tahun 2025 pula, JKR berjaya menyiapkan 526 projek fizikal melibatkan kos RM6.895 bilion merangkumi pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Ke-12 (RMK12).

Ringkasan AI

  • Sebanyak 255 daripada 855 projek infrastruktur di bawah Jabatan Kerja Raya mendahului jadual
  • Jumlah projek yang mendahului jadual mewakili projek bernilai RM49.7 bilion
  • 30 peratus dari keseluruhan projek siap lebih awal
  • Kontraktor yang menyiapkan kerja lebih awal akan diberi pengiktirafan
  • Kontraktor dengan rekod prestasi baik akan diberikan keutamaan dalam urusan tender projek kerajaan pada masa hadapan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!