MGB sempurnakan majlis ‘topping out’ Idaman Perdana@Puncak Alam

SHAH ALAM - MGB Berhad (MGB) menyempurnakan majlis ‘topping out’ bagi projek Rumah Idaman Perdana @ Puncak Alam, sekali gus menandakan struktur utama bangunan projek berkenaan berjaya disiapkan.
MGB yang juga syarikat pembinaan dan pemaju hartanah serta pengeluar Sistem Binaan Berindustri (IBS) konkrit pratuang di bawah LBS Bina Group Berhad memaklumkan, projek itu dibangunkan di atas tanah seluas 10.52 ekar dengan kedudukan strategik di Puncak Alam.
Idaman Perdana merangkumi 1,048 unit kediaman yang direka untuk menyediakan gaya hidup selesa dan lestari bagi keluarga di kawasan bandar.
Setiap unit mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 1,000 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air serta dua petak letak kereta.
Selain itu, setiap unit turut dilengkapi kabinet, kabinet dapur, penyaman udara serta pemanas air dan sedia untuk didiami.
Idaman Perdana merupakan projek terbaharu serta projek kelima yang mencapai tahap ‘topping out’ dalam siri Rumah Idaman MBI.
Pada tahun 2025, MGB menyiapkan kerja ‘topping out’ bagi dua projek masing-masing di Idaman Sari dan Idaman Cahaya Fasa 2.
MGB turut menyerahkan milikan kosong kepada 1,448 pemilik rumah di Idaman Melur pada Julai 2025.
Kumpulan itu kekal konsisten untuk menyiapkan sejumlah 7,210 unit rumah mampu milik di bawah inisiatif Rumah Idaman MBI.
Kesemua rumah dibina menggunakan teknologi pratuang IBS bagi memastikan hasil yang konsisten dan berkualiti tinggi, selain melalui proses pembinaan yang menggunakan sumber secara cekap dan lestari serta meminimumkan pembaziran.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San berkata, kejayaan ‘topping out’ Idaman Perdana menandakan permulaan positif bagi tahun 2026.
“Kumpulan kini selangkah lebih dekat dalam menyediakan lebih banyak ruang kediaman berkualiti kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Lembah Klang.
“Sehingga kini, lebih daripada 2,700 pemilik rumah telahpun berjaya memiliki unit kediaman masing-masing yang mudah diakses dengan kedudukan strategik di bawah inisiatif Rumah Idaman MBI, dan angka ini dijangka terus meningkat apabila lebih banyak projek kami menghampiri fasa penyiapan dan diserahkan kepada pemilik rumah.
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan perniagaan, pihak berkepentingan dan pembeli atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam menyediakan rumah berkualiti yang memperkaya kehidupan,” ujarnya.
Ringkasan AI
- MGB Berhad menyiapkan struktur utama Rumah Idaman Perdana @ Puncak Alam
- Projek itu dibangunkan di atas tanah seluas 10.52 ekar di Puncak Alam
- Idaman Perdana terdiri daripada 1,048 unit kediaman dengan keluasan minimum 1,000 kaki persegi setiap unit
- Rumah-rumah dilengkapi dengan kemudahan seperti kabinet, penyaman udara dan pemanas air
- Projek ini menggunakan teknologi pratuang IBS untuk memastikan kualiti pembinaan yang tinggi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

