MPS PBT kedua lanjut kontrak pembersihan KDEBWM

Pelancaran lori kompaktor dan imej baharu KDEBWM yang lebih segar, responsif dan efektif bagi menguruskan sisa pepejal di Selangor.
Pelancaran lori kompaktor dan imej baharu KDEBWM yang lebih segar, responsif dan efektif bagi menguruskan sisa pepejal di Selangor.
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) kedua di Selangor selepas Klang menandatangani surat setuju terima (SST) lanjutan kontrak bagi perkhidmatan kutipan sampah KDEB Waste Management (KDEBWM).

Majlis SST itu telah ditandatangani oleh Yang Dipertua MPS, Datuk Mohd Yazid Sairi dengan Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir disaksikan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim di MPS pada Rabu.

Suee Lim (tengah) menyaksikan majlis tandatangan SST antara MPS diwakili Mohd Yazid dengan KDEBWM oleh Ramli.
Suee Lim (tengah) menyaksikan majlis tandatangan SST antara MPS diwakili Mohd Yazid dengan KDEBWM oleh Ramli.

Ramli berkata, kontrak baharu di kawasan pentadbiran MPS itu selama tujuh tahun dan akan bermula secara rasmi pada Mac ini sehingga 2031.

Menurutnya, sejumlah 49 kompaktor dan 20 unit lori armroll akan digunakan di kawasan pentadbiran MPS bagi kutipan sisa domestik dan sampah pukal.

Suee Lim (dua dari kanan) melihat kompaktor baharu yang akan digunakan di MPS susulan lanjutan perkhidmatan kutipan sampah di PBT itu bermula Mac ini.
Suee Lim (dua dari kanan) melihat kompaktor baharu yang akan digunakan di MPS susulan lanjutan perkhidmatan kutipan sampah di PBT itu bermula Mac ini.

"Kos pembelian RM23. 5 juta membabitkan RM20 juta bagi kompaktor manakala baki adalah lori armroll.

"Penggantian lori baharu ini mempunyai kapasiti antara 18 hingga 19 tan yang saiznya tidak terlalu besar dan sesuai digunakan untuk jalan kecil dan besar," katanya pada majlis tersebut.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis itu turut diadakan pelancaran lori kompaktor dan imej baharu identiti KDEBWM yang lebih segar, responsif dan efektif bagi menguruskan sisa pepejal di Selangor.

Suee Lim menaiki lori kompaktor baharu yang akan digunakan di MPS.
Suee Lim menaiki lori kompaktor baharu yang akan digunakan di MPS.

Katanya, pemilihan kompaktor tersebut mengambil kira kesesuaian lokasi kutipan khususnya bagi kawasan perumahan.

"Saiz kompaktor ini sesuai digunakan di banyak kawasan di Selangor.

"Kita boleh beli lori kapasiti lebih besar hingga 20 tan namun akan jadi masalah untuk lalu kawasan perumahan padat kerana lorong sempit selain halangan disebabkan kenderaan parkir," katanya.

Sementara itu, Mohd Yazid berkata, pihaknya berharap operasi kutipan sampah berjalan lancar selepas lanjutan kontrak itu dan masyarakat berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.

Beliau berkata, sampah merupakan isu sensitif apabila 80 peratus aduan diterima membabitkan masalah tersebut.

"Di peringkat MPS kita sentiasa berusaha memastikan persekitaran bersih namun berdepan cabaran mengubah gaya hidup masyarakat.

"Ada sebahagian masyarakat yang mengambil mudah isu kebersihan dengan membuang sampah di tepi longkang dan sungai," katanya.

Beliau berkata, MPS menghadapi masalah pemantauan susulan jumlah penguat kuasa hanya 164 orang yang perlu memantau keluasan pentadbiran 545. 6 kilometer persegi dengan jumlah penduduk mencecah 764,000 orang mengikut bancian 2020.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28