Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan RAJD AW adakan kunjungan rasmi ke Karangkraf

Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) ketika kunjungan rasmi di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) ketika kunjungan rasmi di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) mengadakan kunjungan rasmi ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Pegawai Memerintahnya, Leftenan Kolonel Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, lawatan yang pertama kali dilaksanakan itu adalah sebagai pengisian terhadap latihan kem tentera yang wajib dilakukan setiap tahun.

Mohd Firdauz memberikan taklimat ketika kunjungan Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) ke Karangkraf pada Rabu.
Mohd Firdauz memberikan taklimat ketika kunjungan Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) ke Karangkraf pada Rabu.

Menurutnya, ia juga pendekatan untuk meluaskan ilmu pengetahuan mengenai industri cetak dan syarikat media seperti Sinar Harian yang menjadi pelopor kepada Rasuah Busters bagi membanteras budaya tersebut.

“Sinar Harian aktif melaporkan mengenai salah laku individu atau organisasi yang terlibat dengan budaya rasuah tanpa mengira pangkat seseorang malah menjadi saluran penting untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Walaupun jadual padat dengan latihan fizikal yang mana semalam (Selasa) kami membuat latihan rempuh halangan dan esok (Khamis) pula menembak, ia tidak menghalang untuk kami membuat lawatan ini bagi menambah ilmu baharu.

Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) ketika di studio My #QuranTime pada Rabu.
Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) ketika di studio My #QuranTime pada Rabu.

“Dalam masa dua jam lawatan ini, kami diberi banyak pendedahan antaranya mengenai proses percetakan akhbar, melawat studio, editorial dan banyak lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kunjungan itu dimulakan dengan lawatan ke studio My #QuranTime, Karangkraf Mall, bilik berita Sinar Harian serta kilang pengoperasian akhbar, Ultimate Print Sdn Bhd.

Hadir sama, Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang; Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli.

Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) ketika lawatan di kilang pengoperasian akhbar pada Rabu.
Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) ketika lawatan di kilang pengoperasian akhbar pada Rabu.

Sementara itu, Penolong Pegawai Memerintah, Leftenan Kolonel Mohd Firdauz Jamaluddin berkata, beliau tidak menafikan media memainkan peranan penting dalam melaporkan berita dengan fakta yang tepat dan jelas kepada masyarakat.

“Media mempunyai peranan yang besar, jadi lawatan ini sememangnya memberi pengalaman dan pendedahan baharu kepada kami,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai tugas utama rejimen tersebut, Mohd Firdauz berkata, pihaknya akan mengambil alih atau melaksanakan operasi strategik sewaktu negara dilanda krisis dan darurat.

(Depan, tiga dari kanan) Mohd Firdauz Jamaluddin, Azman Shah Mohd Yusof, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan Hashim Anang ketika lawatan rasmi unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah (AW) pada Rabu.

“Semasa krisis, darurat atau perang, skuadron mempunyai tugas utama iaitu memastikan bekalan utama negara tidak terputus seperti makanan, perubatan dan juga alat-alat ganti.

“Barangan ini kemudiannya akan diagihkan ke unit-unit yang sedang bertempur, hospital dan Pusat Perlindungan Sementara (PPS),” katanya.