Ketua Polis Selangor adakan kunjungan hormat ke Karangkraf

Hussamuddin (tengah) dan Muhammad Nasir (kiri) bergambar bersama Hussein (kanan) di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Hussamuddin (tengah) dan Muhammad Nasir (kiri) bergambar bersama Hussein (kanan) di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengadakan kunjungan hormat ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Hussein berkata, kunjungan itu bertujuan menjalinkan kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor dengan syarikat penerbitan tersebut selain meneliti beberapa perkara yang berpotensi untuk dilaksanakan pada masa hadapan.

“Kita nak mulakan tahun 2024 dengan usaha untuk mewujudkan majalah pelaporan atau buletin PDRM Selangor dengan kerjasama Karangkraf.

“Perinciannya belum diputuskan lagi kerana masih di peringkat permulaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kehadiran beliau disambut Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang dan beberapa pegawai polis.

Ketika ditanya mengenai kes disiplin dan salah laku melibatkan anggota polis baru-baru ini, Hussein memaklumkan, pihaknya menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan lebih bergiat aktif dalam meningkatkan pemantauan.

“JIPS memantau unit-unit anggota polis dan ‘frontliner’ yang berhadapan dengan masyarakat.

“Jabatan terbabit juga akan mengadakan perjumpaan bersama barisan hadapan ini dengan lebih kerap bagi meningkatkan motivasi, kesihatan mental dan isu-isu daripada mereka,” ujar beliau lagi.

Artikel Berkaitan: