Hospital Columbia Asia buka cawangan ke-18 dalam negara

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Nor Fariza Ngah (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Urusan Columbia Asia, Dr Chan Boon Kheng (dua dari kiri), Pengurus Besar Wilayah Columbia Asia, Puan Engku Marina Engku Hatim (kanan) dan Pengurus Besar Columbia Asia Bukit Jalil, Dr Sharonpal Singh (kiri) merasmikan Hospital Columbia Asia Bukit Jalil pada Selasa.Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

A
A
A

KUALA LUMPUR - Hospital Columbia Asia mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya membuka cawangan ke-18 dalam negara serta yang ke-27 di rantau ini menerusi cawangan terbaharunya di Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Columbia Asia, Dr Chan Boon Kheng berkata, hospital setinggi tujuh tingkat yang menempatkan 96 katil wad itu dilengkapi fasiliti terkini untuk merawat pesakit termasuk melakukan pembedahan,

“Pakar perubatannya pula terdiri daripada perunding profesional berkemahiran tinggi dan berdedikasi dengan pengalaman luas dalam perkhidmatan awam.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Nor Fariza Ngah melawat dan melihat kemudahan selepas merasmikan Hospital Columbia Asia Bukit Jalil pada Selasa.Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

"Selain dari Bukit Jalil, hospital kami turut menawarkan kemudahan kesihatan kepada penduduk sekitar Sri Petaling, Sungai Besi, OUG, Taman Desa, Seri Kembangan dan Serdang.

“Dari segi akses laluan ia terhubung dengan rangkaian jalan raya, lebuh raya dan pengangkutan awam; dan merupakan pusat tumpuan terhadap institusi pendidikan dan hab sukan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian hospital itu yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Nor Fariza Ngah.

Turut hadir pada majlis itu Pengurus Besar Hospital Columbia Asia - Bukit Jalil, Dr Sharonpal Singh.

Artikel Berkaitan:

Dr Nor Fariza. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Dr Nor Fariza. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

Sementara itu Dr Nor Fariza yang hadir mewakili Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada masa ini, kerajaan menggalakkan peningkatan jumlah katil bagi kemudahan pesakit di hospital swasta.

“Ketika ini hospital awam menyumbang kira-kira 70 peratus daripada katil hospital yang ada di Malaysia manakala 30 peratus dari hospital swasta.

“Ini merupakan perkembangan yang baik apabila rangkaian hospital ini mempunyai profesional perubatan yang terlatih hampir meliputi semua bidang,” ujarnya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Nor Fariza Ngah melawat dan melihat kemudahan selepas merasmikan Hospital Columbia Asia Bukit Jalil pada Selasa.Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Nor Fariza Ngah melawat dan melihat kemudahan selepas merasmikan Hospital Columbia Asia Bukit Jalil pada Selasa.Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

Menyentuh mengenai trend penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyat di negara ini, beliau berkata, rata-rata orang ramai kerap menangguh untuk mendapatkan rawatan hingga mengakibatkan penyakit yang dihadapi menjadi teruk atau kronik.

“Isu ini amat ketara berlalu berbanding penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, kardiovaskular penyakit, dan hipertensi, justeru kami berhasrat untuk beralih daripada fokus merawat penyakit kepada mempromosikan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan,” katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!