Mat Dam tunggang Honda C70 satu tangan sejauh 9,000km

Mat Dam menunggang motosikal dengan menggunakan satu tangan tangan kiri Mat Dam yang terkulai selepas lumpuh akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Mat Dam menunggang motosikal dengan menggunakan satu tangan tangan kiri Mat Dam yang terkulai selepas lumpuh akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pemuda yang lumpuh sebelah tangan berjaya menempuh perjalanan hampir 9,000 kilometer (km) dari Seremban ke Boten, di sempadan Laos-China dengan menunggang motosikal jenis Honda C70 berusia empat dekad.

Mohd Shahamirul Adam Shaari, 30, atau lebih mesra sebagai Mat Dam yang meminati dunia permotoran mula melibatkan diri dalam konvoi motosikal sejak berusia 16 tahun.

Menurutnya, jika orang lain 'healing' dengan cara pergi ke pantai atau melakukan aktiviti pendakian, tetapi dia memilih untuk konvoi bermotosikal.

Mat Dam memilih untuk menunggang motosikal lama ini kerana ingin merasai satu pengalaman baharu.
Mat Dam memilih untuk menunggang motosikal lama ini kerana ingin merasai satu pengalaman baharu.

"Walaupun tangan kiri saya lumpuh selepas terbabit kemalangan jalan raya 10 tahun lalu kerana 'microsleep', saya tetap kembali menunggang motosikal kerana itu dah minat saya.

"Disebabkan itu selepas dua tahun 'berehat' daripada berkonvoi, saya kembali melakukan penjelajahan dengan misi lebih mencabar dengan menunggang motosikal atuk saya yang usianya sudah empat dekad," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menceritakan pengalamannya ketika misi 29 Januari lalu, jurukimpal itu berkata, dia bergerak solo dari Seremban menuju ke Kedah sebelum berjumpa empat lagi rakan di sana.

Bagaimanapun katanya, tiga daripada mereka menunggang motosikal Yamaha LC 135 dan seorang lagi menggunakan motosikal Honda sepertinya.

Artikel Berkaitan:

"Perjalanan kami melalui jalan pedalaman ke utara Thailand seterusnya masuk ke Laos sehingga ke sempadan Laos-China, dekat Boten di Wilayah Luang Namtha.

"Kemudian kami berpatah balik ke Pattaya dan menyertai acara 'bikeweek' di wilayah itu sebelum pulang ke Seremban dengan jarak keseluruhan 8,874 km selama dua minggu," katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Menurutnya, perjalanannya berdepan cabaran seperti perubahan cuaca dan keadaan jalan yang tidak sempurna terutama di Laos memandangkan mereka menggunakan jalan pedalaman.

Bagaimanapun katanya, itu merupakan pengalaman berharga lebih-lebih lagi dia kini terpaksa menunggang motosikal dengan menggunakan sebelah tangan.

Sementara itu, Mat Dam yang masih bujang berkata, dia memilih untuk menunggang motosikal lama tersebut kerana ingin merasai satu pengalaman baharu.

Mat Dam bersama motosikal kesayangannya.
Mat Dam bersama motosikal kesayangannya.

"Saya ada dua lagi motosikal iaitu Honda EX5 dan Yamaha RXZ. Bawa motosikal itu pergi konvoi, dah biasa.

"Lagi pun Honda C70 ini mempunyai nilai sentimental kerana ia milik atuk saya. Motosikal ini telah empat tahun tersadai sebelum saya ambil dan baik pulih dengan kos kira-kira RM2,500," katanya.

Selain itu katanya, ramai yang terkejut kerana saya konvoi menunggang motosikal ke negara orang yang jaraknya beribu batu dengan menggunakan sebelah tangan.

Semestinya kata Mohd Shahamirul, aspek keselamatan diberi keutamaan terutamanya memastikan kondisi motosikalnya berada dalam keadaan baik.

Motosikal ini telah empat tahun tersadai sebelum dibaik pulih dengan kos kira-kira RM2,500.
Motosikal ini telah empat tahun tersadai sebelum dibaik pulih dengan kos kira-kira RM2,500.

"Saya akui ramai yang pandang negatif kepada budak-budak motosikal ini, tapi bukan semuanya begitu.

"Kepada anak muda di luar sana, minat motosikal tidak salah, sama seperti hobi lain, tapi ikutlah undang-undang. Yang penting, jangan tinggal solat," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!