Teruskan Jualan Rahmah 'Back To School'

Keu Chai (kiri) berkesempatan berbual dengan Nora (tiga kiri) ketika membeli-belah pakaian sekolah di pasaraya berkenaan.
Keu Chai (kiri) berkesempatan berbual dengan Nora (tiga kiri) ketika membeli-belah pakaian sekolah di pasaraya berkenaan.
A
A
A

JEMPOL - Program Jualan Rahmah ‘Back To School’ Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 yang berlangsung sejak Jumaat mendapat respon positif daripada masyarakat terutamanya di luar bandar.

Malah rata-ratanya bersetuju dengan penganjuran Jualan Rahmah kali ini, berikutan persiapan bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025 perlu dilakukan serentak dengan persiapan hari raya Aidilfitri.

Suri rumah, Nora Mek, 50, berkata, mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah masing-masing berusia 12,10 dan lapan tahun.

Suasana sekitar Pasaraya CY bersempena Jualan Rahmah yang berakhir pada Isnin.
Suasana sekitar Pasaraya CY bersempena Jualan Rahmah yang berakhir pada Isnin.

"Kalau di sini selalunya kami masyarakat Orang Asli Kampung Batu Peti akan ke Pasaraya CY di Pekan Rompin ini sahaja untuk beli keperluan persekolahan anak-anak sebab dekat.

"Tambahan ada pula Jualan Rahmah, jimatlah perbelanjaan kami, lagipun kebanyakkan penduduk pun kerja kampung sahaja pendapatan tidak banyak," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Isnin.

Penduduk Dangi,Kuala Pilah, Shaharlina Lokman, 50 pula berkata, senada dengan Nora dan lebih selesa ke pasaraya berkenaan kerana rumahnya ke Pekan Rompin ini hanya mengambil masa kira-kira 15 minit.

Artikel Berkaitan:

Shaharlina
Shaharlina

"Saya ada seorang anak yang masih bersekolah di tingkatan empat dan harga pakaian sekolah melalui Jualan Rahmah ini sedikit sebanyak membantu masyarakat kerana harganya berpatutan dan berkualiti," katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini melancarkan Jualan Rahmah ‘Back To School’ Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 di Bahau.

Ia dilaksana secara serentak di seluruh Negeri Sembilan pada 23 hingga 26 Februari 2024, melibatkan 43 lokasi premis di seluruh Parlimen di Negeri Sembilan.

Tea Keu Chai
Tea Keu Chai

Sementara itu, Pengurus Pasaraya CY, Tea Keu Chai berkata, Jualan Rahmah ini wajar diteruskan pada masa akan datang berikutan ia mendapat sambutan yang mengalakkan.

"Kebanyakkan penduduk di sekitar Pekan Rompin ini golongan B40 dan seawal jam 10.30 pagi ibu bapa serta anak-anak mereka sudah mula berkunjung ke pasaraya di sini," katanya yang turut meluahkan rasa terima kasih kepada KPDN susulan memberi peluang kepada pasaraya itu menyertai Jualan Rahmah.

Nora (kiri) bersama keluarganya ketika membeli-belah pakaian sekolah melalui Jualan Rahmah di Pasaraya CY Pekan Rompin.
Nora (kiri) bersama keluarganya ketika membeli-belah pakaian sekolah melalui Jualan Rahmah di Pasaraya CY Pekan Rompin.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28