Tarik lebih ramai Muslim fahami bahasa al-Quran

Md Sirat (kiri) bersama Muhammad Kamal Maula (kanan) berjabat tangan selepas selesai menandatangani MoU pada Sabtu.
Md Sirat (kiri) bersama Muhammad Kamal Maula (kanan) berjabat tangan selepas selesai menandatangani MoU pada Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Syarikat Think Osem Sdn Bhd yang membangunkan aplikasi pendidikan, Think Quran memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Pertubuhan Sahabat Al-Quran Malaysia pada Sabtu.

MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi Sahabat al-Quran Malaysia, Datuk Dr Md Sirat Abu bersama Board Of Leader Syarikat Think Osem Sdn Bhd, Muhammad Kamal Maula Mohd Zali sempena Program Khatam al-Quran: Wanita Bijak Al-Quran 5.0 di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di sini.

Menurut Md Sirat, kerjasama itu bertujuan menarik lebih ramai umat Islam di negara ini yang memahami bahasa al-Quran sekali gus dapat dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan.

Md Sirat (duduk, kiri) bersama Muhammad Kamal Maula menandatangani MoU sempena Program Khatam al-Quran: Wanita Bijak Al-Quran 5.0 di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di Kuala Terengganu.
Md Sirat (duduk, kiri) bersama Muhammad Kamal Maula menandatangani MoU sempena Program Khatam al-Quran: Wanita Bijak Al-Quran 5.0 di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di Kuala Terengganu.

"Kita memberi penekanan supaya setiap daripada masyarakat Islam dapat memahami apa yang dibaca dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup di samping memanfaatkan aplikasi ini (Think Quran) sebagai sebahagian punca pendapatan.

"Ada antara kita yang baca al-Quran setiap hari tapi tak tahu maksudnya, jadi amat penting untuk kita memahami bahasa Arab al-Quran. Dengan adanya aplikasi ini ia dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka ketika membaca kitab suci itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada program berkenaan.

Hadir sama menyaksikan MoU tersebut ialah ADUN Ladang merangkap Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Zuraida Md Noor.

Dalam pada itu, Md Sirat juga menyarankan kepada ahli Pertubuhan Sahabat Al-Quran Malaysia yang kini mencecah 50,000 orang di seluruh negara untuk memuat turun aplikasi tersebut agar ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Muhammad Kamal Maula berkata, MoU berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan lebih ramai golongan dapat memahami al-Quran.

Majlis menandatangani MoU antara Syarikat Think Osem Sdn Bhd dan Pertubuhan Sahabat Al-Quran Malaysia berlangsung dihadapan 1,400 peserta Program Khatam al-Quran: Wanita Bijak Al-Quran 5.0 di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di Kuala Terengganu.
Majlis menandatangani MoU antara Syarikat Think Osem Sdn Bhd dan Pertubuhan Sahabat Al-Quran Malaysia berlangsung dihadapan 1,400 peserta Program Khatam al-Quran: Wanita Bijak Al-Quran 5.0 di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di Kuala Terengganu.

"Misi Sahabat Al-Quran untuk memastikan masyarakat baca al-Quran tetapi misi Think Quran hari ini nak memastikan kesinambungan itu berlaku daripada minat membaca dan sekarang kita nak pastikan dia faham apa yang dia baca.

"Sekurang-kurangnya daripada MoU ini kami harapkan komuniti-komuniti yang sudah membaca al-Quran dan dalam masa yang sama kita mahu wujudkan komuniti yang faham bahasa al-Quran dan secara tidak langsung menyasarkan kepada misi syarikat iaitu 100 juta orang faham bahasa al-Quran," ujar beliau.

Program Khatam al-Quran: Wanita Bijak Al-Quran 5.0 peringkat negeri Terengganu yang diadakan di masjid berkenaan dihadiri seramai lebih 1,400 peserta dari seluruh negara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28