Muhyiddin nafi terlibat kes Spanco

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau terlibat dalam salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan kepada Spanco Sdn Bhd (Spanco).

Beliau berkata, tuduhan berkenaan merupakan sebahagian daripada siri pembunuhan karakter oleh musuh politik yang bertujuan untuk menjejaskan reputasinya.

“Berhubung kontrak Spanco, kerajaan sepatutnya mendedahkan kenapa surat niat (LOI) yang diberikan kepada sebuah syarikat lain oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum itu dibatalkan.

“Saya percaya maklumat mengenainya ada di Kementerian Kewangan. Perlu didedahkan juga ialah tarikh bila kontrak tersebut diberikan kepada Spanco,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil lebih 20 orang saksi bagi membantu siasatan melibatkan Spanco.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memberitahu, tuduhan tersebut sama seperti dakwaan bahawa beliau menyeleweng wang negara bernilai ratusan billion ringgit.

Kata Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau tidak terlibat dalam sebarang pemberian kontrak kerajaan yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Janganlah membuat tuduhan melulu terhadap saya.

Artikel Berkaitan:

“Jangan samakan kedudukan saya dengan Perdana Menteri ke-10 yang juga merupakan Menteri Kewangan. Saya tahu kedudukan saya,” ujarnya.