Tak pernah bertemu, tidak kenal tapi boleh kena tipu

Jumlah kes jenayah komersil Kontinjen Johor bagi tempoh Januari hingga 17 Februari 2024 merekodkan peningkatan apabila sebanyak 719 kes dilaporkan berbanding 453 kes dalam tempoh sama pada 2023.Gambar hiasan, gambar kecil: Kumar
Jumlah kes jenayah komersil Kontinjen Johor bagi tempoh Januari hingga 17 Februari 2024 merekodkan peningkatan apabila sebanyak 719 kes dilaporkan berbanding 453 kes dalam tempoh sama pada 2023.Gambar hiasan, gambar kecil: Kumar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah kes jenayah komersil Kontinjen Johor bagi tempoh Januari hingga 17 Februari 2024 merekodkan peningkatan apabila sebanyak 719 kes dilaporkan berbanding 453 kes dalam tempoh sama pada 2023.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 266 kes atau 59 peratus dengan kes-kes penipuan yang merupakan penyumbang tertinggi iaitu 651 kes atau 91 peratus.

“Dari sudut kerugian pula, dalam tempoh sama, jumlah kerugian yang direkodkan adalah RM33,882,390.74 berbanding RM17,747,881.92 pada 2023 iaitu peningkatan sebanyak RM16,134,508.82 atau (91 peratus).

“Daripada keseluruhan 719 kes yang disiasat, 664 kes atau 92 peratus berlaku secara dalam talian di mana mangsa tidak pernah bertemu dan tidak mengenali suspek yang melibatkan antaranya kes belian dalam talian, pelaburan, tawaran kerja, pinjaman wang dan phone scam.

“Sehubungan dengan itu pihak polis meminta dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sesuatu tawaran yang diterima melalui media sosial serta buat semakan dengan agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Orang ramai juga disarankan untuk mengikuti laman sosial Facebook, Instagram dan TikTok Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bagi mendapatkan maklumat terkini modus operandi jenayah komersil.

Selain itu katanya, orang ramai juga disarankan menggunakan aplikasi ‘semak mule’ yang disediakan secara dalam talian bagi menyemak status akaun bank dan nombor telefon suspek sebelum meneruskan sesuatu transaksi pembayaran.

Artikel Berkaitan: