Projek BEAUTY terima anugerah peringkat Asia

Pengarah Projek BEAUTY daripada Institut Kajian Asia (Universiti Tokyo, Jepun), Profesor Madya Norie Kawahara menerima Anugerah Pendekatan Transformasi Untuk Pencegahan Kesihatan di Asia daripada pihak Kongress Perniagaan Asia 2024.
Pengarah Projek BEAUTY daripada Institut Kajian Asia (Universiti Tokyo, Jepun), Profesor Madya Norie Kawahara menerima Anugerah Pendekatan Transformasi Untuk Pencegahan Kesihatan di Asia daripada pihak Kongress Perniagaan Asia 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek Bringing Education and Understanding to You & Health (BEAUTY) telah menerima Anugerah Pendekatan Transformasi Untuk Pencegahan Kesihatan di Asia bersempena dengan Kongress Perniagaan Asia 2024.

Projek yang bertujuan untuk mempromosi pencegahan dan pengesanan awal kanser di Malaysia diiktiraf sebagai usaha penyelidikan kolaboratif peringkat antarabangsa dalam usaha memerangi kanser di benua Asia.

‘Pendekatan Transformasi untuk Pencegahan Kesihatan di Asia’ merupakan inisiatif penting bagi meningkatkan kesedaran dan pencegahan kanser tidak terhad dalam kalangan wanita tetapi juga lelaki.

Projek BEAUTY merupakan sebuah program yang merupakan inisiatif Forum Kanser Asia (ACF) dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) kerana intervensi digital berasaskan komuniti.

PROFESOR MADYA NORIE
PROFESOR MADYA NORIE

Menurut Pengarah Projek BEAUTY daripada Institut Kajian Asia (Universiti Tokyo, Jepun), Profesor Madya Norie Kawahara, ia bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan kesihatan, literasi dan amalan pengurangan risiko berkaitan kanser dan penyakit bukan berjangkit lain (NCD) dalam kalangan populasi yang layak melalui pelanggan kedai gunting rambut dan salun kecantikan di Malaysia.

“Projek ini telah membangunkan bahan-bahan pendidikan dan promosi bermula pada tahun 2022, melancarkan portal pendaftaran digital pada tahun 2023 dan mengumumkan pelancaran pelbagai aktiviti programnya di Kuala Lumpur pada November 2023.

“Sebanyak 44 video dan 48 buah buku bersama dengan portal pendaftaran digital yang diperkenalkan kepada khalayak umum bagi tujuan menjayakan kempen BEAUTY,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau lagi, pada tahun 2024, projek ini merancang untuk menjayakan pelbagai aktiviti kajian lapangan melibatkan khalayak umum di Malaysia.

“Program BEAUTY dapat meningkatkan kesedaran bagi mendidik khalayak mengenai tahap kesihatan dan bagaimana mencegah dan merawat kanser, meningkatkan literasi dan mempromosi pencegahan kanser termasuk pengesanan awal.”

Matlamat utama kempen ini adalah mensasarkan lebih satu juta rakyat Malaysia mendapat manfaatnya. Berbeza daripada kempen kesedaran pengesanan kanser melalui pendekatan tradisional,

“Projek BEAUTY mengambil pendekatan inovatif dengan melibatkan lokasi harian yang mesra khalayak seperti kedai kecantikan dan gunting rambut yang termasuk dalam ekosistem penjagaan kesihatan,” ujarnya.

Profesor Madya Norie berkata, inisiatif tersebut tidak hanya melibatkan sektor penjagaan kesihatan tetapi juga mencipta sinergi dengan industri kecantikan, memperluas aktivitinya sebagai projek yang bertujuan untuk meningkatkan kelestarian transformasi sosial dalam NCD.

Kata beliau, melalui kempen dan inisiatif BEAUTY itu, portal pendaftaran digital dijangka dapat mengumpulkan data yang lebih meluas, konsisten, komprehensif, memupuk persefahaman antara komuniti dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk memajukan Liputan Kesihatan Universal (UHC).

“Melalui Projek BEAUTY, ACF berhasrat untuk mempromosikan Penciptaan Nilai Bersama (CSV) dengan berkongsi pengetahuan dan mencipta nilai bersama dengan banyak individu yang terlibat dalam sektor kesihatan dan kecantikan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kongres Perniagaan Asia 2024 dan Projek BEAUTY, anda boleh mengunjungi laman sesawang, https://beauty.cancer.org.my/.