15 individu terima Anugerah Dragon Elit Cina

Tetamu kehormat dan penerima anugerah bergambar bersama pada Majlis Anugerah Dragon Elit Cina dan Jamuan Ulang Tahun ke-20.
Tetamu kehormat dan penerima anugerah bergambar bersama pada Majlis Anugerah Dragon Elit Cina dan Jamuan Ulang Tahun ke-20.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan anugerah khas diberikan kepada 15 individu banyak berjasa pada Majlis Anugerah Dragon Elit Cina dan Jamuan Ulang Tahun ke-20 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH) di sini pada Ahad malam.

Presidennya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, majlis berlangsung di HXC Pudu ICC, Kuala Lumpur itu bertujuan menghargai individu yang cemerlang dalam pelbagai bidang dalam kalangan komuniti Cina bersempena meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan MCAH.

"Selama 20 tahun lalu, MCAH komited mempromosikan integrasi dan perkembangan komuniti Malaysia dan dalam dua dekad lalu, kami telah menyaksikan pertumbuhan dan kemajuan.

"Komitmen kami tidak berbelah bahagi dan berterusan merentasi pendidikan, masyarakat dan perniagaan untuk menyumbang kepada kemakmuran komuniti di negara ini," katanya.

Chai memaklumkan, beliau bersyukur kerana MCAH telah melalui pelbagai cabaran pada masa lalu dan ketika ini memberi tumpuan pada masa depan.

Chai (dua kanan) menyampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang Seumur Hidup kepada Tun Michael Chen Wing Sum.
Chai (dua kanan) menyampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang Seumur Hidup kepada Tun Michael Chen Wing Sum.

Menurutnya, MCAH yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran menerima lebih banyak ahli persatuan dari seluruh negara selain menunjukkan keyakinan serta pengiktirafan terhadap objektif dan dasar penubuhannya.

"Sehingga kini, MCAH mempunyai lebih daripada 120 ahli organisasi di seluruh negara dan lebih daripada 1,000 ahli individu sekali gus mengukuhkan MCAH sebagai salah satu organisasi Cina terkemuka dan mewakili negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, mengulas mengenai majlis anugerah berkenaan, beliau berkata, ia bukan sekadar acara sambutan tetapi turut berperanan untuk menghargai individu cemerlang dalam pelbagai bidang.

"Sumbangan mereka bukan sahaja untuk diri mereka sendiri, tetapi juga untuk masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Majlis Anugerah Dragon Elit Cina dan Jamuan Ulang Tahun ke-20 turut diserikan dengan majlis memotong kek.
Majlis Anugerah Dragon Elit Cina dan Jamuan Ulang Tahun ke-20 turut diserikan dengan majlis memotong kek.

"Mereka adalah kebanggaan kami dan kisah-kisah kejayaan mereka akan memotivasikan kami untuk terus berusaha membawa perubahan serta kemajuan kepada masyarakat," jelas beliau.

Menurutnya, sebanyak lapan anugerah akan diberikan kepada individu terbabit dan ia melambangkan pencapaian cemerlang, semangat dan dedikasi kepada semua pemenang.

Beliau menegaskan, anugerah itu secara tidak langsung sebagai dorongan kepada lebih ramai untuk terlibat dalam aktiviti dan kerjaya dalam pelbagai lapisan masyarakat.

"Dengan mengiktiraf pemimpin masyarakat cemerlang dan pekerja sosial dalam komuniti, kita dapat memperkuat perpaduan dan persatuan dalam komuniti Cina dan menggalakkan lebih ramai untuk terlibat dalam pembangunan dan perkhidmatan masyarakat, serta mempromosikan pembangunan harmoni dalam masyarakat.

"Penganugerahan ini memberi dorongan kepada individu dan organisasi termasuk untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti amal dan sosial yang dapat memajukan kehidupan golongan yang kurang bernasib baik dan memperjuangkan keadilan sosial," tambahnya.

Chai berkata, penganugerahan seperti Anugerah Tokoh Sukan Cina Cemerlang dan Anugerah Bintang Muda Cina Cemerlang akan mendorong generasi muda untuk terlibat secara aktif dalam bidang sukan, seni, budaya dan sebagainya akan membina bakat mereka dan memberikan tenaga kepada masa depan masyarakat.

Chai berucap pada Majlis Anugerah Dragon Elit Cina dan Jamuan Ulang Tahun ke-20 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH) di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Chai berucap pada Majlis Anugerah Dragon Elit Cina dan Jamuan Ulang Tahun ke-20 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH) di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

"Selain itu, kami juga menekankan kepentingan nilai-nilai keluarga, mendorong setiap individu menghormati dan menjaga orang tua serta mewarisi tradisi kesopanan dalam budaya Cina," katanya.

Senarai penerima anugerah

1. Anugerah Pencapaian Cemerlang Seumur Hidup: Tun Michael Chen Wing Sum dan

Dr Tor Lam Huat

2. Anugerah Usahawan Cina Cemerlang: Tan Sri Dr Lim Wee Chai

3. Anugerah Kepimpinan Komuniti Cina Cemerlang: Tan Sri Dr Lee Lam Thye JP dan Datuk Seri Michael Chong Ten Soo JP

4. Anugerah Exempler of Filiar Gratitude: Puan Sri Datin Catherine Chang

5. Anugerah Kepimpinan Tanggungjawab Sosial Cina Cemerlang: Kuan Chee Heng @ Uncle Kentang

6. Anugerah Kemasyhuran Sukan & Kebudayaan Cina Cemerlang: Cheong Jun Hoong, Jeryl Lee Pei Ling, Lee Nai Kong dan Ben Heng Boon Hian

7. Anugerah Usahawan Wanita Cina Cemerlang: Datuk Anna Teo dan Datuk Ada Poon Yin Hoong

8. Anugerah Bintang Muda Cemerlang: Vincent Nee Aik Chiang dan Jasmine Ho Pui Shen