Think Quran bantu faham surah dibaca, solat lebih khusyuk

Zainuddin
Zainuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pembelajaran bahasa Arab (al-Quran) secara ‘harfiah’ atau perkataan demi perkataan dalam aplikasi pendidikan Think Quran membantu pengguna memahami makna surah dengan lebih mudah.

Seorang pesara, Zainuddin Baharuddin, 63, berkata, pengenalan dengan Think Quran menerusi rakan kepada isterinya dan seorang ustaz sekadar kebetulan yang mana ketika itu, dia sedang mempelajari terjemahan al-Quran.

“Pada mulanya saya agak ragu-ragu apa itu Think Quran. Tetapi, selepas mendengar penjelasannya, saya fikir ia sangat bagus dan membantu untuk faham al-Quran. Selain itu, solat yang lebih khusyuk apabila kita lebih faham surah dibaca.

“Saya gunakan Think Quran sudah tiga minggu, dalam tempoh itu saya amalkan setiap kali selepas waktu subuh,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Think Osem Sdn Bhd (Think Osem), di sini pada Rabu.

Syarikat Think Osem yang membangunkan aplikasi Think Quran menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari pada 24 Disember tahun lalu serta mengadakan kempen #FahamKhatamAlQuran bagi menyemarakkan penghayatan al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Zainuddin yang juga bekas penilai hartanah memberitahu, bahagian paling disukainya adalah aktiviti menghafal menerusi latih tubi.

Tambahnya, disiplin merupakan perubahan paling ketara yang dialami sepanjang belajar menggunakan Think Quran kerana tidak pernah meninggalkan rutin itu setiap kali selepas Subuh.

“Saya peruntukkan masa 20 minit setiap hari untuk belajar perkataan al-Quran dan hafal, saya juga seronok guna Think Quran kerana ia seperti permainan liga yang boleh menentukan kita berada di peringkat mana, sekadar suka-suka sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Orang ramai boleh ambil peluang menggunakan Think Quran ini kerana ia banyak membantu kita fahami kosa kata al-Quran,” ujar Zainuddin.