Situasi ringgit ‘tenat’ perlu suntikan inisiatif baharu

Kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk merangka strategi efektif dalam menangani kemerosotan nilai ringgit ketika ini. Gambar hiasan
Kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk merangka strategi efektif dalam menangani kemerosotan nilai ringgit ketika ini. Gambar hiasan
A
A
A

PRESTASI ringgit negara pada ketika ini menjadi tumpuan berikutan ia merekodkan penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada Selasa, setakat jam 9 pagi mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar AS daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.

Sekitar jam 5 petang, media melaporkan nilai ringgit terus mencatat penurunan ketara pada Selasa apabila mencecah paras 4.795 berbanding dolar AS paras terendah.

Perkembangan terbaharu itu juga mengatasi paras terendah harian yang dicatat pada 23 Oktober tahun lalu iaitu 4.7925.

Situasi itu dijangka menimbulkan kebimbangan orang ramai termasuk pakar ekonomi dan pihak berkepentingan berhubung keadaan ekonomi negara pada masa akan datang.

Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, prestasi ringgit itu tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa hadapan dan diyakini terus meningkat dalam tahun ini.

Ujar beliau, pertumbuhan pada 2024 akan didorong oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh.

Menurutnya, sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dengan kedatangan pelancong pada 2024 dijangka melebihi paras prapandemik sebanyak 26 juta.

Artikel Berkaitan:

Situasi ringgit yang ‘tenat’ ketika ini memerlukan suntikan inisiatif baharu dan segera daripada semua pihak.

Justeru, kerajaan memainkan peranan penting untuk merangka strategi efektif dalam menangani kemerosotan nilai ringgit ketika ini sama ada dari segi dasar negara, ekonomi atau perhubungan dengan pelabur luar.

Tentunya, cetusan atau perkongsian idea daripada pakar-pakar ekonomi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga dapat membantu kerajaan menyalurkan input-input penting ke arah penambahbaikan ekonomi negara.

Pastinya, pihak politik turut tidak melepaskan peluang untuk menyuarakan isu tersebut. Namun, apa yang penting adalah usaha ke arah membangunkan ekonomi negara perlu diutamakan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!