Prestasi ringgit akan dijawab Gabenor BNM - PM

Anwar berucap semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, pada Selasa. Foto Bernama
Anwar berucap semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Segala persoalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Abdul Rasheed sudah berjanji untuk menjelaskan mengenai perkara itu.

"(Mengenai prestasi) ringgit, gabenor (Abdul Rasheed) ada di sini. Dia dah janji nak jawab," katanya ringkas ketika menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, di sini pada Selasa.

Terdahulu mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.

Kali terakhir paras ringgit terendah dicatatkan pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau dengan RM4.885 setiap dolar AS.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: