Dua kerani didakwa pecah amanah

Nurhaila (kiri) dan Siti Ain Zubaidah (kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini.
Nurhaila (kiri) dan Siti Ain Zubaidah (kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Dua kerani sebuah firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah berjumlah RM42,986 pada tahun lalu.

Siti Ain Zubaidah Sharif, 29, dan Nurhaila Yahya, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama telah melakukan pecah amanah dengan mengambil harta tersebut bernilai RM42,986 yang merupakan wang tunai kutipan hasil pembayaran daripada pelanggan.

Nurhaila (kiri) dan Siti Ain Zubaidah (kanan) menutup muka dengan tudung selepas keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.
Nurhaila (kiri) dan Siti Ain Zubaidah (kanan) menutup muka dengan tudung selepas keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat firma guaman itu di Taman Paya Rumput Indah di sini antara April hingga November 2019.

Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 14 tahun dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu kedua-dua tertuduh berbaju hitam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan mempunyai tanggungan anak.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin membantah sebarang jaminan sebagai pengajaran.

Sejurus mendengar hujah kedua-dua pihak, Norma menetapkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan masing-masing seorang penjamin selain sebutan semula kes pada 6 Februari depan.