'Apa cerita ni YB Menteri Komunikasi'- Soal Akmal Saleh berkait isu Firdaus Wong

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan pengendali Facebook menyekat akaun milik pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
Beliau mempersoalkan sama ada tindakan tersebut mencerminkan kebebasan bersuara apabila sekatan didakwa hanya dikenakan terhadap satu pihak, sedangkan pihak lain tidak dikenakan sebarang tindakan.
"Apa cerita ini, YB Menteri Komunikasi? Adakah ini dinamakan sebagai kebebasan bersuara?
"Yang dikenakan sekatan kepada satu pihak sahaja, sedangkan pihak yang lain tidak dikenakan sekatan apa-apa.
"Dulu masa jadi pembangkang bukan main lagi bercakap tentang kebebasan bersuara, hari ini sudah lain pula ceritanya," katanya.
Muhamad Akmal berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu dengan mengulang siar kenyataan pendakwah berkenaan.
Terdahulu, Firdaus Wong berkongsi bahawa beberapa akaun Facebook miliknya telah disekat dengan kapsyen 'Meta blok Facebook atas arahan'.
Ringkasan AI
- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertikaikan tindakan pengendali Facebook menyekat akaun Firdaus Wong Wai Hung
- Tindakan tersebut dipersoalkan adakah ia mencerminkan kebebasan bersuara
- Terdapat dakwaan sekatan hanya dikenakan kepada satu pihak
- Muhamad Akmal mencabar Menteri Komunikasi berhubung isu ini
- Firdaus Wong mendakwa beberapa akaun Facebook miliknya disekat atas arahan Meta
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
