Gajah masuk kampung ditangkap

Gajah yang berjaya ditangkap di Kampung Melayu Mardi, Kluang pada Sabtu. Foto Perhilitan
Gajah yang berjaya ditangkap di Kampung Melayu Mardi, Kluang pada Sabtu. Foto Perhilitan
A
A
A

KLUANG - Penduduk diKLUANG - Penduduk di Kampung Melayu Mardi, di sini berasa lega apabila seekor daripada empat ekor gajah yang memasuki kampung berkenaan sejak awal Februari lalu berjaya ditangkap pada Sabtu.

Menurut Imam Masjid Kampung Melayu Mardi, Muhammad Zaky Rahmat, 46, gajah berkenaan ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dengan bantuan dua ekor ‘gajah pemikat’. di sini berasa lega apabila seekor daripada empat ekor gajah yang memasuki kampung berkenaan sejak awal Februari lalu berjaya ditangkap pada Sabtu.

Menurut Imam Masjid Kampung Melayu Mardi, Muhammad Zaky Rahmat, 46, gajah berkenaan ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dengan bantuan dua ekor ‘gajah pemikat’.

“Masih ada tiga lagi gajah yang masih bebas. Diharapkan dalam masa terdekat ini, kesemua gajah berkenaan dapat ditangkap dan dihantar ke lokasi lain.

“Gajah-gajah ini berkemungkinan dihantar ke Perak atau ke Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sinar Harian pada 3 Februari lalu melaporkan empat gajah masuk ke Kampung Melayu Mardi di sini.

Biarpun kehadiran haiwan itu tidak mengganggu penduduk, namun ia tetap mencetuskan rasa bimbang apatah lagi apabila gajah-gajah tersebut memasuki kawasan dusun dan merosakkan tanaman penduduk kampung.

Malah, ada gajah yang dikesan cuba memasuki kawasan rumah penduduk kampung berdasarkan kepada kerosakan pada pagar rumah.

Sementara itu Pengarah Perhilitan Negeri Johor, Aminuddin Amin mengesahkan perkara itu dan berkata, usaha masih diteruskan untuk menangkap baki tiga ekor gajah lagi di kampung berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, usaha menangkap itu akan dibantu dengan dua ekor ‘gajah pemikat’ yang sama.

“Setelah kesemua gajah ini ditangkap kelak, kita akan pindahkan ke habitat semula jadi,” katanya.