Selesai segera isu pelantikan pegawai tinggi JPN Perak

Omar (dua, kiri), menyerahkan memorandum berkenaan.
Omar (dua, kiri), menyerahkan memorandum berkenaan.
A
A
A

IPOH - Isu pelantikan pegawai tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Perak yang didakwa dibuat tanpa merujuk kepada exco pendidikan negeri, perlu ditangani segera.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Negeri Perak, Omar Bakar berkata, perkara berkenaan dilihat serius kerana ia didakwa melibatkan lantikan bagi jawatan Pengarah Pendidikan Negeri.

Katanya, lantikan berkenaan perlu dibuat secepat mungkin agar proses lantikan seterusnya bagi pegawai-pegawai tertinggi di JPN boleh dilaksanakan.

"Tindakan melantik pegawai tinggi dalam JPN Perak tanpa merujuk kepada Exco Pendidikan Negeri sememangnya satu perkara yang serius.

"Oleh itu, kita berharap perkara ini akan dapat diatasi segera," katanya.

Omar berkata demikian bagi mengulas penyerahan memorandum berhubung perkara berkenaan di Pejabat Setiausaha Menteri Besar baru-baru ini.

Sementara itu, Omar juga mahu pelantikan selepas ini dilaksanakan dengan kaedah yang betul.

Katanya, paling penting semua lantikan berkenaan dalam kalangan penyokong PH.

Artikel Berkaitan:

"Kita mahu biarlah lantikan berkenaan daripada penyokong PH, iaitu kerajaan yang memerintah hari ini.

"Lantikan bagi timbalan pengarah, ketua sektor, timbalan ketua sektor, pegawai pendidikan daerah (PPD) dan sebagainya pula perlu dipastikan individu yang betul," katanya.