Cuaca panas: Penoreh beralih menoreh pada waktu malam

Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih. Foto Bernama
Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih. Foto Bernama
A
A
A

JITRA - Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih.

Penoreh dari Felda Laka Selatan di Changlun, Mohd Jamil Shahbidin, 63, berkata, suhu panas pada siang hari menyebabkan pengeluaran susu getah berkurangan sekali gus menjejaskan pendapatan penoreh.

"Kalau kami menoreh siang, kami mula pada jam 6 pagi dan selesai pada jam 9 pagi, kemudian cuaca sudah mula panas, susu getah hanya sempat mengalir dua jam sebelum berhenti menitik.

"Kalau menoreh malam, susu getah dapat terus keluar hingga empat jam, jadi hasil pengeluaran susu itu lebih lagi berbanding dengan menoreh pada waktu siang," katanya ketika ditemui di Felda berkenaan malam tadi.

Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih. Foto Bernama
Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih. Foto Bernama

Mohd Jamil yang juga Pengerusi Biro Ladang di Felda itu berkata, lebih 70 peneroka di situ telah beralih menoreh di ladang getah masing-masing pada waktu malam bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

"Dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, kalau menoreh siang mungkin boleh dapat hasil 700 kilogram getah sebulan, tapi kalau menoreh pada waktu malam, hasil boleh mencapai satu tan sebulan," katanya.

Bagi seorang lagi penoreh, Rodhi Md Rejab, 47, cuaca panas menyebabkan daun pokok getah luruh dan menjadikan kawasan ladang getah agak panas apabila matahari mula menyinar.

Artikel Berkaitan:

Keadaan itu katanya, menyebabkan penoreh tidak mampu menahan terik pada waktu siang dan terpaksa pulang awal walaupun ada pokok yang masih belum ditoreh.

"Kalau menoreh pada waktu siang, pukul 9 pagi terpaksa berhenti sebab cuaca terlalu panas, kalau malam kami boleh menoreh lama sikit dan banyak pokok yang boleh ditoreh, hasil pun akan bertambah," katanya.

Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih. Foto Bernama
Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih. Foto Bernama

Menurut Rodhi, kebiasaannya penoreh akan ke ladang getah masing-masing selepas waktu Isyak atau jam 10 malam dan selesai menoreh pada jam 2 atau 3 pagi.

Bagi Mohd Nor Hamid, 75, walaupun menoreh pada waktu malam agak berisiko kerana keadaan gelap selain ancaman haiwan liar dan berbisa, dia terpaksa melakukannya bagi memperoleh pendapatan.

"Sebelum masuk ke ladang getah kita perlu bersedia, bawa lampu, pakai pakaian sesuai, pakai kasut but, kita juga kena pastikan ladang bersih daripada semak samun," katanya. - Bernama