Aplikasi Think Quran guna kaedah visual, auditori, kinestetik

Faizal Kamal
Faizal Kamal
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi Think Quran mengetengahkan pendekatan pengajaran serentak yang menjurus kepada tiga kaedah iaitu visual, auditori dan kinestetik.

Pengguna aplikasi Think Quran, Faizal Kamal Mohamed, 51, berkata, kaedah itu memberi kelebihan kepada pengguna untuk lebih faham dan ingat maksud kosa kata al-Quran.

Katanya, ia seiring dengan peredaran zaman yang mana pada masa kini kebanyakan bahan bacaan secara digital.

"Ini zaman teknologi, semua guna internet, apa sahaja aplikasi ada dalam telefon. Jadi, Think Quran adalah salah satu cara terbaharu untuk kita faham al-Quran dengan lebih dekat.

"Lagipun kita dapat belajar menggunakan tiga deria iaitu penglihatan, pendengaran dan pergerakan, perkara yang sukar akan menjadi mudah. Ketiga-tiga perkara itu ada dalam aplikasi Think Quran," ujarnya.

No Image Caption

Aplikasi Think Quran menawarkan kaedah mudah fahami bahasa Arab (al-Quran) melalui penguasaan kosa kata terpilih yang kerap berulang di dalam al-Quran.

Ditanya tentang keperluan belajar bahasa al-Quran, Faizal memberitahu, al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada umat Islam untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kalau kita boleh membaca tetapi tidak faham, tidak dapat nak beramal sedangkan kandungan al-Quran adalah petunjuk. Macam kita baca buku bahasa Inggeris tetapi tidak memahami jalan penceritaan, tiada guna.

"Bila kita tahu apa yang ALLAH nak beritahu, ia akan memberi motivasi kepada kita agar menjadi umat Islam sejati," jelasnya.

Faizal turut berkongsi perubahan yang dirasai selepas belajar menggunakan Think Quran.

Jelasnya, al- Quran adalah sebuah kitab yang tiada keraguan dan menjadi petunjuk orang bertakwa.

"Perkara yang paling terasa adalah bila kita faham, kita akan rasa lebih dekat dengan al-Quran. Baca Surah Yusuf, mengalir air mata kerana tahu ceritanya," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!