Kuasai 486 perkataan Arab dalam dua bulan

Aplikasi pembelajaran al-Quran dalam talian seperti Think Quran dilihat satu kaedah terbaik bagi membantu orang ramai mendalami ilmu kalamullah itu. Muhammad Iman (kiri).
Aplikasi pembelajaran al-Quran dalam talian seperti Think Quran dilihat satu kaedah terbaik bagi membantu orang ramai mendalami ilmu kalamullah itu. Muhammad Iman (kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Penyediaan aplikasi pembelajaran, Think Quran bukan hanya untuk ditelaah, malah ia membantu pengguna memahami dan mengingati makna kosa kata terpilih daripada potongan ayat suci al-Quran secara berperingkat.

Pengguna Think Quran, Muhammad Iman Haikal, 24, berkata, dia pada mulanya sekadar berniat mahu mencuba aplikasi tersebut selepas diperkenalkan oleh rakan karib, namun lama-kelamaan rasa seronok dan kini sudah hampir dua bulan menggunakannya.

“Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana bukan sekadar mencuba, saya menghayati dan merasai sendiri segala pembelajaran yang disediakan dalam aplikasi Think Quran.

“Saya dapat rasai keajaiban dalam aplikasi ini seperti mana kita semua tahu al-Quran merupakan panduan, utusan dan mukjizat daripada ALLAH SWT.

“Baru dua bulan guna, tapi saya dah mampu kuasai 486 patah perkataan Arab,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di ibu pejabat Think Osem Sdn Bhd di sini pada Rabu.

No Image Caption

Think Osem yang membangunkan aplikasi Think Quran telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari pada 24 Disember lalu.

MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Think Osem, Datuk Abdul Radzeen Abdul Rahman; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff dalam satu majlis di Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor pada Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Iman memaklumkan, aplikasi Think Quran sering digunakannya selepas menunaikan solat atau masa senggang kerana terdapat pengisian pembelajaran kosa kata al-Quran yang menarik dan mudah difahami untuk semua peringkat umur.

Tambahnya, ia sangat membantu kerana ciri-ciri interaktif dalam Think Quran memberikan keseronokan kepada pengguna yang sedang belajar atau membuat latihan, tetapi pada masa sama seperti berada dalam mod permainan.

“Selain itu, sudah semestinya bahagian paling disukai adalah potongan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW,” ujarnya yang percaya Think Quran mampu berkembang menjadi platform untuk memahami bahasa al-Quran oleh umat Islam seluruh dunia.