Tiada keperluan kenaikan tarif air di Johor: Exco

Jimmy Puah Wee Tse
Jimmy Puah Wee Tse
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri melihat tiada keperluan untuk sebarang kenaikan tarif air di Johor pada masa kini.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, tarif air di negeri ini, baru sahaja dinaikkan pada tahun 2015.

"Tarif Johor bukanlah terlalu rendah berbanding dengan negeri lain.

"Tiada keperluan untuk sebarang kenaikan pada peringkat ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan memaklumkan kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini, selaras dengan usaha menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Jimmy Puah berkata, kerajaan negeri melihat langkah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli itu lebih kepada usaha menyeimbang atau menyeragamkan tarif air di Malaysia.

"Sebarang kenaikan lagi tarif air Johor tidak akan selaras dengan matlamat ini," katanya.

Artikel Berkaitan: