Tahun Baharu Cina: 100,000 kenderaan dijangka masuk Kota Setar

Ahmad Shukri (dua dari kiri) menyampaikan kit sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada pengguna jalan di Tol Utara Alor Setar pada Jumaat.
Ahmad Shukri (dua dari kiri) menyampaikan kit sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada pengguna jalan di Tol Utara Alor Setar pada Jumaat.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis menjangkakan lebih 100,000 kenderaan bakal memasuki daerah Kota Setar pada sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seramai tiga pegawai dan 20 anggota akan ditugaskan sepanjang Op Selamat 21/2024 bermula Khamis hingga 13 Februari.

Menurutnya, polis juga akan mengadakan rondaan di pusat-pusat membeli belah dan tempat-tempat pelancongan di daerah ini.

"Dijangkakan hampir 100,000 kenderaan akan pulang ke kampung dan memasuki daerah ini bermula hari ini sempena cuti persekolahan dan musim perayaan.

"Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk kaum Tionghua untuk makan besar dan mereka akan pulang ke kampung pada hari ini," katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.

Ahmad Shukri (dua dari kiri) menyampaikan kit sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada pengguna jalan di Tol Utara Alor Setar pada Jumaat.
Ahmad Shukri (dua dari kiri) menyampaikan kit sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada pengguna jalan di Tol Utara Alor Setar pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kit perayaan sambutan Tahun Baru Cina di Tol Utara Alor Setar, di sini.

Ahmad Shukri berkata, sebanyak lapan ‘hotspot’ telah dikenali pasti di daerah ini iaitu Lampu Isyarat Jalan SImpang Kuala; Lampu Isyarat Jalan Tanjung Bendahara; Lampu Isyarat Jalan Datuk Kumbar; Lampu Isyarat Derga; Lampu Isyarat Taman Pandan; Lampu Isyarat Kota Sarang Semut; Lampu Isyarat Kuala Sungai dan Lampu Isyarat Plaza Tol Alor Setar Utara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, bagi kawasan ‘blackspot’ pula melibatkan tiga tempat iaitu Kilometer (KM) 8 Jalan Alor Setar-Kangar (Taman Flora/Taman Sayang Kuala Sungai); Lebuhraya Sultanah Bahiyah (Lampu Isyarat Raden) dan Jalan Alor Setar-Kuala Kedah.

“Terdapat enam kesalahan utama yang akan diambil tindakan iaitu memotong barisan, pandu laju, melanggar lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memotong garisan berkembar dan menggunakan alat telekomunikasi,” ujar beliau.

Tambahnya, orang ramai yang mahu meninggalkan kediaman mereka diingatkan memastikan dikunci dalam keadaan baik.

Menurutnya, mereka juga peelu memaklumkan pada balai polis berhampiran untuk memudahkan pemantauan dilakukan di kawasan berkenaan," katanya.