Rezeki pembuat wau di Perlis

Zaki memegang wau bulan (kanan) dan wau jala budi (kiri) yang dihasilkannya ketika ditemui di rumahnya di Chuping semalam.
Zaki memegang wau bulan (kanan) dan wau jala budi (kiri) yang dihasilkannya ketika ditemui di rumahnya di Chuping semalam.
A
A
A

KANGAR - Musim angin timur sangat dinantikan peminat wau kerana inilah masanya mereka boleh menaikkan wau dengan baik.

Musim yang lazimnya bermula awal Januari hingga April turut memberi rezeki kepada pembuat permainan tradisional Malaysia itu apabila tempahan membeli wau akan bertambah.

Pembuat wau, Zaki Yaacob, 50, berkata, kemahirannya membuat wau pelbagai jenis menjadikan dia pilihan peminat wau untuk membuat tempahan.

“Pembuat wau perlu tekun dan sabar bagi menghasilkan wau yang baik dan menepati standard,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Chuping di sini semalam.

“Masa terluang dihabiskan untuk membuat wau berbaloi apabila menjadi pendapatan sampingan saya sekeluarga,” katanya.

Zaki menyusun wau miliknya ketika ditemui di rumahnya di Chuping semalam.
Zaki menyusun wau miliknya ketika ditemui di rumahnya di Chuping semalam.

Zaki berkata, dia masih mengekalkan pembuatan wau tradisi dengan menggunakan buluh yang diraut dan kertas warna.

Menurutnya, wau yang dihasilkan dijual pada harga bermula RM50 hingga RM500 bergantung pada jenis serta kualiti wau berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Harga itu masih rendah berbanding usaha, tenaga serta masa yang diperlukan untuk menyiapkan wau kerana mengambil masa kira-kira dua minggu hingga sebulan untuk disiapkan,” katanya.

Zaki masih mengekalkan pembuatan wau tradisi dengan menggunakan buluh yang diraut dan kertas warna.
Zaki masih mengekalkan pembuatan wau tradisi dengan menggunakan buluh yang diraut dan kertas warna.

Zaki berkata, antara wau yang dihasilkan ialah wau jala budi, wau bulan, wau helang dan wau kucing.

“Perlis lebih sinonim dengan wau helang yang rupanya sama dengan wau merak cuma tidak berekor panjang. Kebiasaannya, wau helang akan dipasang busur pada bahagian atas bagi tujuan menghasilkan bunyi dengungan setiap kali angin melalui tali busur yang direntang.

“Untuk menghasilkan wau, perkara asas yang perlu disediakan ialah buluh dan ia perlu dikeringkan selama enam bulan. Proses pengeringan buluh ini sangat penting kerana ia mampu bertahan meskipun ditiup angin kuat,” katanya.

Katanya, keistimewaan wau helang ialah tidak menggunakan banyak puluh tetapi tetap boleh dinaikkan ketika musim angin perlahan.