X

Kindly register in order to view this article
!

'Sebak lihat anak muda tidur bawah jambatan'

Facebook Ebit Lew tular di laman sosial.
A
A

KUALA LUMPUR - "Ujian hidup manusia berbeza-bezakan," demikian reaksi penceramah terkenal, Ebit Lew selepas melihat seorang anak muda terpaksa tidur di bawah jambatan dalam keadaan sempit dan tidak terurus.

Perkongsian video berdurasi 3 minit 35 saat itu nyata membuat netizen sebak kerana masih ada segelintir masyarakat hidup dalam serba kekurangan dan amat memerlukan bantuan.

Ebit Lew berkata, meskipun ujian dihadapi itu cukup berat tetapi lelaki itu tetap bersyukur, malah berterima kasih kepada Ebit Lew kerana sudi memberi nasihat serta menghulurkan wang.

"Ya ALLAH sebaknya. Rasa nak menangis. Pagi-pagi semalam saya turun bawah beberapa jambatan. Ada satu tempat ini tinggi. Saya nampak ada orang tidur dekat tepi tu dari bawah. Saya pusing dari bahagian lain dan turun di situ.

"Berdebar rasa. Terkejut tengok tidur dekat situ. Walau sikit rasa berdebar tapi rasa kasihan, terus saya bertegur sapa dengan anak muda ini.

"Kenapa tidur sini? Dia hanya jawab tiada kerja ustaz, tangan dia patah kerana jatuh dari tempat tinggi ini," katanya.

Melihat kedaifan kehidupan remaja itu, beliau turut mendedahkan dirinya pernah mengalami nasib yang sama seperti tidur di masjid, namun belum pernah tidur di tepi tebing jambatan ketika beriktikaf.

"Dulu saya tiada tempat tidur. Pernah tidur di masjid, kadang tepi longkang masjid sebab ada masjid tak boleh iktikaf waktu malam. Syukur tapi tak pernah tidur di tepi tebing begini.

"Baik betul adik ini dengar nasihat saya. Allahuakbar. Perkataan terima kasih banyak kali diucapkannya. Sedih rasa," katanya sebak.

Sebelum mengakhiri perbualan dan beredar, Ebit Lew turut menitipkan doa agar remaja itu dirahmati ALLAH dan dipermudahkan urusannya, malah beliau meminta orang ramai untuk terus membantu golongan memerlukan.

Sehingga kini video tersebut mendapat 1.1 juta tontonan dan 61,000 tanda suka serta 13,000 perkongsian.