Sarang dadah digempur, 601 individu diberkas

Polis gempur sarang dadah dan menahan sebahagian 601 individu yang didapati terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sekitar Perak. Foto: ihsan polis
Polis gempur sarang dadah dan menahan sebahagian 601 individu yang didapati terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sekitar Perak. Foto: ihsan polis
A
A
A

IPOH - Seramai 601 individu termasuk 23 warga asing ditahan menerusi Op Tapis Khas selepas ‘sarang’ penagihan dadah di seluruh negeri digempur polis selama tiga hari sejak 29 Januari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah tangkapan di 28 lokasi itu membabitkan 578 lelaki dan 23 wanita berusia antara 17 hingga 65 tahun.

Menurut beliau, serbuan dilakukan di kawasan Felda, Felcra, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, jeti nelayan dan ‘mobile port’ yang telah dikenal pasti.

Serbuan yang dijalankan JSJN Perak berjaya menahan 601 individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Foto: ihsan polis
Serbuan yang dijalankan JSJN Perak berjaya menahan 601 individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Foto: ihsan polis

“Daripada keseluruhan tangkapan yang dilakukan, seramai 57 individu ditahan di bawah kesalahan pengedaran dadah, 147 orang bagi kesalahan memiliki dadah manakala 397 penagih disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Selain itu, seramai 12 telah ditahan di bawah Seksyen 3(1) ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 manakala 16 individu dikategorikan sebagai orang dikehendaki," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Mohd Yusri berkata, seramai 25 individu dikenal pasti sebagai penagih dadah tegar akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952.

"Sebanyak 22.6 kilogram dadah pelbagai jenis antaranya heroin, syabu, ketamin dan ganja bersama 62.25 liter cecair disyaki ketum bernilai RM253,471.30 telah dirampas.

Artikel Berkaitan:

Kesemua suspek dibawa polis untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Foto: ihsan polis
Kesemua suspek dibawa polis untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Foto: ihsan polis

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak turut telah menyita enam kereta, 10 motosikal, barang kemas dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM282,622," katanya.

Tambah beliau, kejayaan itu hasil serbuan yang dijalankan 295 pegawai dan anggota dari JSJN Kontinjen Perak dan daerah serta balai-balai itu