Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

RINGGIT rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Isnin berikutan kekurangan minat belian apabila unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.

Pada jam 9.05 pagi ini, ringgit di paras 4.7570/7620 berbanding dolar AS daripada 4.7155/7185 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama, ringgit dijangka berdepan kekangan minggu ini selepas pengumuman data pekerjaan AS yang kukuh, sekali gus menyumbang kepada peningkatan tarikan dolar AS.

Sementara itu berbanding kelompok mata wang utama, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh, termasuk berbanding yen Jepun kepada 3.1999/2035 daripada 3.2142/2164 pada akhir Jumaat lepas, naik berbanding pound Britain kepada 5.9976/6.0039 daripada 6.0160/0199 dan meningkat berbanding euro kepada 5.1252/1306 daripada 5.1352/1384.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang Asean.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5379/5418 daripada 3.5309/5334 sebelum ini, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 303.7/304.2 daripada 301.0/301.4 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.48/8.49 daripada 8.43/8.44.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.3436/3640 daripada 13.3735/3873 pada Jumaat lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: