Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Rabu, namun diunjur pulih kemudiannya didorong oleh jangkaan China mengumumkan langkah bagi merangsang ekonomi negara itu.

Pada jam 9.01 pagi Rabu, ringgit berada di paras 4.7590/7625 berbanding dolar AS daripada paras 4.7570/7620 pada akhir urus niaga semalam.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kerajaan China dijangka mengumumkan langkah bagi merangsang ekonomi di tengah-tengah kritikan bahawa kerajaan tidak bertindak sewajarnya bagi memacu keyakinan pelabur.

"Data-data Indeks Pengurus Pembelian yang meningkat juga menunjukkan bahawa ekonomi utama itu masih bertahan, terutamanya bagi sektor perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata, berikutan ringgit berada dalam keadaan terlebih jual, beberapa pembetulan sememangnya dijangkakan yang menyaksikan ringgit mungkin pulih berbanding dolar AS pada Rabu.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.2188/2214 daripada 3.2012/2048 pada Selasa, turun berbanding euro kepada 5.1202/1240 daripada 5.1109/1163 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.9973/6.0017 daripada 5.9653/9715 sebelum ini.

Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean.

Artikel Berkaitan:

Ringgit bagaimanapun meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 302.4/302.9 daripada 302.8/303.2 semalam, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5425/5454 daripada 3.5321/5361 dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.3864/4019 daripada 13.2970/3169.

Ia juga rendah berbanding peso Filipina kepada 8.48/8.50 daripada 8.45/8.46. - Bernama