Masih ramai tahanan lolos berada dalam hutan - Polis

Seramai 13 lagi tahanan warga Rohingya yang melarikan diri berjaya diberkas semula selepas kehadiran mereka dikesan penduduk di sebuah ladang jambu dekat Kampung Senta, Bidor pada Sabtu.
Seramai 13 lagi tahanan warga Rohingya yang melarikan diri berjaya diberkas semula selepas kehadiran mereka dikesan penduduk di sebuah ladang jambu dekat Kampung Senta, Bidor pada Sabtu.
A
A
A

TAPAH - Polis percaya masih ramai saki baki tahanan warga asing yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini berada dalam kawasan hutan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, selain hutan, mereka juga bersembunyi di kawasan perkampungan penduduk sekitar pentadbiran Tapah dan Bidor.

Menurutnya, perkara itu berdasarkan kejayaan tangkapan sebelum ini menunjukkan semua tahanan dijumpai berkeliaran dan bersembunyi di kawasan berkenaan.

"Dalam operasi hari ini (Sabtu), beberapa siri tangkapan berjaya dilakukan hasil gerakan pencarian pasukan khas polis dan maklumat orang awam.

"Pada sebelah pagi kita berjaya membuat tangkapan ke atas tiga lelaki Rohingya di Kampung Batu Melintang, Tapah dan ladang sawit Kampung Senta, Bidor.

"Sekitar jam 12.30 tengah hari hingga 3 petang, pasukan operasi dapat menangkap 12 tahanan Rohingya bersama dua lelaki Bangladesh di kawasan hutan Bidor dan bukit berdekatan Kampung Sungai Kenoh.

Seramai 13 lagi tahanan warga Rohingya yang melarikan diri berjaya diberkas semula selepas kehadiran mereka dikesan penduduk di sebuah ladang jambu dekat Kampung Senta, Bidor pada Sabtu.
Seramai 13 lagi tahanan warga Rohingya yang melarikan diri berjaya diberkas semula selepas kehadiran mereka dikesan penduduk di sebuah ladang jambu dekat Kampung Senta, Bidor pada Sabtu.

"Ini disusuli operasi lewat petang yang berjaya menahan 13 lagi lelaki etnik Rohingya di Kampung Senta sebelum dua lagi tangkapan di Kampung Pos Gedong dan Kampung Bermin pada jam 7.25 malam," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, dengan kejayaan itu, seramai 39 tahanan berjaya diberkas semula setakat jam 8 malam ini sejak operasi digerakkan pada Khamis melibatkan 37 warga Rohingya dan dua Bangladesh.

Katanya, operasi berterusan digerakkan bagi memburu 91 orang lagi tahanan yang melarikan diri.

"Kita percaya masih ramai tahanan yang lolos ini masih berada di hutan dan kampung sekitar kawasan ini.

"Jadi kita mohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang akan menyukarkan lagi situasi semasa," katanya.

Seramai 39 tahanan berjaya diberkas semula setakat jam 8 malam ini sejak operasi digerakkan pada Khamis melibatkan 37 warga Rohingya dan dua Bangladesh.
Seramai 39 tahanan berjaya diberkas semula setakat jam 8 malam ini sejak operasi digerakkan pada Khamis melibatkan 37 warga Rohingya dan dua Bangladesh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4011222.

Pada Khamis media melaporkan seramai 131 pendatang tanpa izin melarikan diri dari blok lelaki depot itu dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya.