Premis simpan diesel setengah juta diserbu

Antara mesin penyedut minyak diesel yang ditemukan dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah premis di sekitar Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto KPDN
Antara mesin penyedut minyak diesel yang ditemukan dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah premis di sekitar Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto KPDN
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menerima serahan kes daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan penyelewengan subsidi diesel bernilai RM500,000.

Ketua Pegawai Penguat KPDN Negeri Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, kes serahan tersebut merupakan hasil serbuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sebuah premis terletak di sekitar Shah Alam pada Jumaat.

Beliau berkata, premis tersebut merupakan sebuah gudang yang menjalankan aktiviti memasar dan mengedar secara borong bahan-bahan petroleum.

Sebahagian tangki penyimpanan minyak diesel bersubsidi ditemui di sebuah premis di sekitar Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto KPDN
Foto: Ihsan KPDN.
Sebahagian tangki penyimpanan minyak diesel bersubsidi ditemui di sebuah premis di sekitar Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto KPDN Foto: Ihsan KPDN.

Katanya, anggota operasi penguat kuasa KPDN Selangor menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas premis yang diserbu dan disyaki menjalankan aktiviti pemindahan barang kawalan berjadual jenis diesel tanpa suatu lesen yang sah.

"Premis beroperasi tanpa kebenaran dan premis tidak mempunyai lesen atau permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual jenis diesel.

"Anggota operasi turut menjumpai beberapa peralatan yang dipercayai digunakan semasa aktiviti pemindahan bahan api seperti flow meter yang lengkap bersambung dengan hos penyedut cecair.

Anggota KPDN Selangor memeriksa sebuah lori yang disyaki digunakan untuk mengedar minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di sekitar Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto KPDN
Anggota KPDN Selangor memeriksa sebuah lori yang disyaki digunakan untuk mengedar minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di sekitar Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto KPDN

Artikel Berkaitan:

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM700,000," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Khairi berkata, pihaknya turut menemukan beberapa buah skid tank yang berfungsi untuk menyimpan bahan mudah terbakar seperti diesel.

Jelasnya, sebahagian skid tank yang dijumpai dikesan ada yang berisi bahan api disyaki diesel serta ada juga yang ditemui kosong.

Tambah beliau, kenderaan jenis lori tangki turut dijumpai berada di dalam premis yang diserbu.

Selain itu katanya, seramai tiga lelaki diserahkan kepada pasukan operasi KPDN Selangor daripada pihak PDRM Bukit Aman.

Anggota KPDN Selangor memeriksa sebuah lori yang disyaki digunakan untuk mengedar minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di sekitar Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto KPDN
Anggota KPDN Selangor memeriksa sebuah lori yang disyaki digunakan untuk mengedar minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di sekitar Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto KPDN

"Hasil pemeriksaan awal KPDN Selangor, dua daripadanya dipercayai pemandu lori dan seorang lagi disyaki individu yang bertanggungjawab ke atas aktiviti yang sedang berlangsung di tempat kejadian.

"Ketiga-tiganya telah ditahan untuk rakaman percakapan," katanya.