Singapura umum Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion

SINGAPURA - Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong mengumumkan Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion (S$1=RM3.43) bagi memberi kelegaan kepada isi rumah Singapura terutamanya keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana.
"Ini berdasarkan kepada langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2023,” kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini.
MOF berkata, kerajaan telah menyediakan bantuan seperti di dalam belanjawan dan di luar belanjawan sejak awal tahun lepas, bertujuan membantu rakyat Singapura berdepan dengan masalah inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.
"Walaupun inflasi telah menurun daripada kemuncaknya, isi rumah masih berhadapan dengan kesan kenaikan harga di pelbagai sektor," katanya.