Pengampunan Najib: UMNO adakan mesyuarat khas MKT esok

Ahmad Zahid - Foto Bernama
Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada jam 11 pagi Sabtu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) susulan pengumuman Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, susulan itu pihaknya membuat keputusan menangguhkan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan esok.

“Kolokium yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani sepatutnya dihadiri 2,000 pimpinan UMNO dari 191 bahagian seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan bekas Presiden UMNO itu mendapat pembebasan awal pada 23 Ogos 2028.

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Yang di-Pertuan Agong ketika itu).

Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!