Kakitangan MBPG perlu laksana tugas penuh integriti

Asman Shah (dua dari kanan) menerima sijil penghargaan daripada Azmi susulan kejayaan MBPG memperoleh pensijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) MS 37001:2016.
Asman Shah (dua dari kanan) menerima sijil penghargaan daripada Azmi susulan kejayaan MBPG memperoleh pensijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) MS 37001:2016.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kesemua kakitangan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) termasuk Ahli Majlis perlu sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh integriti.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abdul Rahman berkata, perkara itu dilihat selaras dengan imej MBPG sebagai sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Asman Shah (kiri) dan Nazri memegang sijil IBR pada Majlis Pedoman MBPG 2024 di Dewan Muafakat, Taman Mawar pada Khamis.
Asman Shah (kiri) dan Nazri memegang sijil IBR pada Majlis Pedoman MBPG 2024 di Dewan Muafakat, Taman Mawar pada Khamis.

“Kita buat program ini untuk sentiasa ingatkan diri kerana sebagai Ahli Majlis, kita patut menjalankan tugas kita dengan sebaik-baiknya dan dengan penuh integriti.

“Sebab itulah pada hari ini saya menjemput Datuk Azmi Alias (Pengarah SPRM Johor) untuk bersama-sama bercakap mengenai (bahaya) gejala rasuah.

Bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh semua kakitangan MBPG diketuai Nazri.
Bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh semua kakitangan MBPG diketuai Nazri.

“Diharapkan selepas ini, kita semua boleh jalankan tugas dengan penuh integriti,” katanya.

Asman Shah berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pedoman MBPG 2024 di Dewan Muafakat, Taman Mawar di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian kakitangan wanita MBPG melafazkan ikrar IBR pada majlis berkenaan.
Sebahagian kakitangan wanita MBPG melafazkan ikrar IBR pada majlis berkenaan.

Majlis berkenaan turut menyaksikan bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh semua kakitangan MBPG diketuai Ketua Jabatan Penguatkuasaan MBPG, Nazri Tongal serta pelancaran buku Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) MBPG 2024-2028.

Mengulas mengenai IBR, Asman Shah berkata, ia merupakan inisiatif daripada pihak MBPG setiap tahun bagi memastikan setiap kakitangan termasuk Ahli Majlis lebih bertanggungjawab ketika bertugas.

Azmi (dua dari kiri) menyempurnakan gimik pelancaran buku Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) MBPG 2024-2028.
Azmi (dua dari kiri) menyempurnakan gimik pelancaran buku Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) MBPG 2024-2028.

“Ikrar (IBR) ini juga membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah ini bukanlah tanggungjawab pihak SPRM semata-mata.

Sebahagian kakitangan MBPG pada Majlis Pedoman MBPG 2024.
Sebahagian kakitangan MBPG pada Majlis Pedoman MBPG 2024.



“Ia merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi bersama khususnya dalam kalangan warga yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.