Insinerator selesai isu sampah kritikal di Pasir Gudang

Keadaan di tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
Keadaan di tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
A
A
A

PASIR GUDANG - Teknologi moden rawatan termal 'insinerator' yang bakal dibangunkan di tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat dijangka menyelesaikan isu sampah kritikal di kawasan Pasir Gudang.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, penggunaan kaedah pengurusan sampah longgok dan tanam di Tanjung Langsat tidak lagi sesuai kerana bilangan sampah terus meningkat.

"Pengurusan sisa sampah di tapak pelupusan Tanjung Langsat ialah tanam, di mana sampah yang dilonggok kemudian akan ditanam. Sistem perlu dinaik taraf kepada teknologi insinerator.

"Di negara maju seperti China dan Jerman, insinerator sudah digunakan dalam pengurusan sisa sampah. Sampah yang dibakar akan menghasilkan gas dan baja, yang mana ia juga akan mengurangkan pencemaran alam.

"Minimum kuantiti pembakaran sampah oleh insinerator dianggarkan sebanyak 800 tan sehari, manakala tapak pelupusan sampah berkenaan menerima sekitar 350 tan sampah sehari," katanya selepas meninjau tapak pelupusan sampah di Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini pada Khamis.

Mohd Jafni (tengah) meninjau keadaan tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat Pasir Gudang.
Mohd Jafni (tengah) meninjau keadaan tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat Pasir Gudang.

Mengulas lanjut mengenai kebakaran di tapak pelupusan Tanjung Langsat, Mohd Jafni berkata, kebakaran membabitkan kawasan seluas lapan ekar berjaya dipadamkan sepenuhnya tiga hari lalu.

"Kebakaran bermula pada 11 Ogos lalu. Kos kecemasan bagi memadam kebakaran agak besar menelan belanja sehingga hampir RM300,000 merangkumi kerja-kerja penyewaan jentera pemadaman, pembelian dua dua unit pam air dan pembekalan besi sanga tambahan.

Artikel Berkaitan:

"Kos-kos ini tidak termasuk bayaran kerja lebih masa, bil air, bil elektrik dan makan minum anggota yang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran," katanya.

Tambahnya, tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat yang beroperasi sejak 21 tahun lalu menerima kemasukan sampah harian adalah sebanyak 300 hingga 350 tan metrik.

"Kemasukan sampah setiap tahun menunjukkan terdapat peningkatan

yang signifikan iaitu dalam anggaran 10 hingga 15 peratus setahun," jelasnya.

-endn