Jerebu tahap sederhana di Pasir Gudang

Keadaan jerebu di Pasir Gudang semakin berkurangan yang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sederhana iaitu 90.
Keadaan jerebu di Pasir Gudang semakin berkurangan yang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sederhana iaitu 90.
A
A
A

PASIR GUDANG - Keadaan jerebu di daerah ini sepanjang Ahad semakin berkurangan yang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sederhana iaitu 90.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, perkembangan itu semakin baik berbanding Sabtu yang mencatatkan bacaan 153.

"Kita akan memantau setiap hari keadaan perkembangan bacaan pencemaran udara di Pasir Gudang menerusi unit kesihatan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama ahli-ahli MBPG di Menara Aqabah di sini pada Ahad.

Asman berkata, pihak MBPG akan sentiasa mengemas kini maklumat berkenaan keadaaan semasa dalam portal pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut supaya orang ramai sentiasa berwaspada.

Katanya, keadaan pada masa ini di sini adalah terkawal namun meminta orang ramai sentiasa berjaga-jaga.

Pada Sabtu, bacaan IPU di daerah ini melepasi bacaan IPU tidak sihat sehingg mengakibatkan beberapa penduduk mula mengalami sakit tekak, mata dan demam.

Artikel Berkaitan: