Lapan nelayan ditahan positif dadah

Anggota maritim melakukan pemeriksaan terhadap nelayan di Jeti LKIM, Endau, Mersing pada Ahad.
Anggota maritim melakukan pemeriksaan terhadap nelayan di Jeti LKIM, Endau, Mersing pada Ahad.
A
A
A

MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Mersing menahan lapan nelayan dalam tiga bot di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Sungai Endau, di sini pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, semua nelayan yang ditahan menerusi operasi bersepadu itu berusia antara 23 hingga 50 tahun.

"Lapan individu terbabit adalah antara kru tiga buah bot nelayan tempatan yang terdiri 12 warganegara Indonesia dan tiga warga Malaysia.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati kru bot terbabit turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah.

"Lapan suspek berkenaan ditahan selepas menjalani ujian urin dan keputusan mendapati semua positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

No Image Caption

Beliau berkata, semua dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963 serta Akta Perikanan 1985.

Suhaizan berkata, operasi tersebut yang turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Beliau menyeru masyarakat terutama komuniti maritim untuk terus bekerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti jenayah dan salah laku di perairan negara menerusi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404.