Ribut petir, hujan lebat diramal landa 4 negeri, KL, Labuan hingga 11 malam ini

 Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri serta Kuala Lumpur dan Labuan sehingga 11 malam ini. Gambar hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri serta Kuala Lumpur dan Labuan sehingga 11 malam ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri serta Kuala Lumpur dan Labuan sehingga 11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran cuaca buruk itu melibatkan Perak, khususnya kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang meliputi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong, manakala di Selangor, ia melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Di Sarawak, kawasan terkesan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Sibu (Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang, serta di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri dan dua wilayah iaitu Kuala Lumpur dan Labuan
  • Perak terutamanya kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim terkesan
  • Pahang juga terjejas melibatkan kawasan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong
  • Selangor dijangka mengalami cuaca buruk di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat
  • Di Sarawak dan Sabah, beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu, Pedalaman, dan Pantai Barat terkesan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!