Kes gaduh DIBW 2023: Seorang daripada empat ditahan positif dadah

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Seorang daripada empat lelaki yang direman bagi membantu siasatan insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, didapati positif terhadap dadah jenis methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, keputusan diperoleh selepas saringan air kencing dijalankan terhadap kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu.
"Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Hussin turut menasihatkan orang ramai agar tidak gusar dengan kejadian itu berikutan siasatan yang telus akan dijalankan tanpa kompromi mengikut undang-undang.