Dungun masih terjejas banjir

Angkatan Pertahanan Awam (APM) ketika menyelamatkan mangsa banjir. Foto Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Angkatan Pertahanan Awam (APM) ketika menyelamatkan mangsa banjir. Foto Angkatan Pertahanan Awam (APM)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu bertambah kepada 1,378 mangsa daripada 400 keluarga dipindahkan ke 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Dungun di negeri ini setakat jam 8 pagi Ahad.

Jumlah itu meningkat berbanding 1,300 orang daripada 3,86 keluarga seperti yang direkodkan pada 8 malam Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dungun merupakan satu-satumya daerah di negeri ini yang masih terjejas akibat bencana tersebut.

Menurut kenyataan itu, 12 PPS yang dibuka di Dungun ialah Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Masjid Jamel Kampung Jongok Batu Dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jengai.

Selain itu, katanya Balai Raya Rantau Panjang, Dewan Orang Ramai Kampung Minda, Balai Raya Kampung Dendang, Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi dan Dewan Orang Ramai Tepus.

Tambah kenyaatan tersebut, PPS yang turut dibuka iaitu Masjid Kampung Padang Ping, Dewan Serbaguna Bukit Merah, SMK Padang Pulut, Balai Raya Kampung Pinang Baru dan Dewan Masjid Serdang.

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.

Artikel Berkaitan: