Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 67 orang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 67 orang daripada 23 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 114 orang daripada 36 keluarga, malam Ahad.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA), Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 63 orang daripada 22 keluarga manakala empat orang daripada satu keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata, sekiranya keadaan cuaca baik dan air surut sepenuhnya hari ini, kesemua mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkenaan boleh pulang ke rumah masing-masing. - Bernama

Artikel Berkaitan: