Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang

No Image Caption
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang daripada 36 keluarga malam ini berbanding 408 orang daripada 136 keluarga, pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata setakat 8 malam, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 101 orang daripada 33 keluarga manakala 13 orang daripada tiga keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah yang dibuka pada Khamis lepas telah ditutup sepenuhnya pada 6 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!