Cubaan terakhir kerja pemasangan pengapit paip bocor di Sungai Perai

Kon Yoew (kanan) ketika meninjau kerja-kerja yang sedang dilaksanakan PBAPP di Sungai Perai.
Kon Yoew (kanan) ketika meninjau kerja-kerja yang sedang dilaksanakan PBAPP di Sungai Perai.
A
A
A

BUTTERWORTH - Cubaan terakhir untuk mengapit bahagian bawah paip dasar Sungai Perai yang bocor akan dijalankan dalam tempoh 8 malam ini hingga 2 pagi pada Jumaat.

Perkembangan itu dikongsikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membuat tinjauan kerja-kerja pelan tindakan kecemasan yang dilakukan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di kawasan kejadian pada jam 6 petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi PBAPP berharap kerja-kerja untuk mengapit dalam Pelan A yang dirancang akan berjaya dan pembekalan air dapat berjalan.

"Untuk Pelan B, setakat ini berjalan dengan baik dan dijangka akan siap dua hari lebih awal (Sabtu) daripada jangkaan asal," katanya dalam hantaran di laman facebook pada Khamis.

Sebelum ini, PBAPP melalui kenyataan media memaklumkan bahawa Pelan A membabitkan kerja-kerja mengepit semula kebocoran lubang seluas 1.05 x 0.65 meter pada bahagian saluran paip 1,350mm di dasar Sungai Perai.

Pelan B pula membabitkan pemasangan dua paip baharu berukuran 600mm bagi menggantikan paip sedia ada.

Kedua-dua Pelan A dan Pelan B kini sedang dilaksanakan serentak di tapak dekat Sungai Perai.

Kerja-kerja pelan tindakan kecemasan di Sungai Perai sedang giat diusahakan oleh kakitangan PBAPP.
Kerja-kerja pelan tindakan kecemasan di Sungai Perai sedang giat diusahakan oleh kakitangan PBAPP.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun terdahulu Sinar Harian melaporkan, Pelan A yang sedang dilaksanakan ketika ini di Sungai Perai menghadapi kesukaran berikutan arus air di dasar sungai berkenaan pada awal pagi Khamis.

Berikutan kejadian itu, penyelam menghadapi masalah untuk mengapit semula saluran paip bawah air di sungai itu.

"Penyelam menghadapi masalah untuk mengapit semula saluran paip bawah air pada awal pagi tadi.

"Disebabkan keadaan air yang mengalir deras, mereka tidak dapat meletakkan bahagian bawah pengapit berat dengan betul pada tempatnya untuk diikat," katanya.

Menurut PBAPP, kakitangannya sedang meneroka semua pilihan rasional untuk menyelamatkan Pelan A.

"Sehingga jam 9.30 pagi ini, 50 peratus kerja pengapitan semula berjaya dilaksanakan. Oleh itu, pemulihan bekalan air kepada 84 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas belum selesai.

"Sama juga dengan pemulihan bekalan air kepada baki 16 peratus pengguna terjejas (termasuk di hujung paip agihan dan kawasan tinggi) yang kita jangkakan selesai pada pagi Sabtu, belum selesai," katanya lagi.