JSJN rekod 9,662 tangkapan kes dadah dalam tempoh lapan bulan

Sebahagian yang ditahan dalam Ops Hawk yang diadakan sepanjang tiga hari pada 5 hingga 9 September lalu. Foto: PDRM Pahang)
Sebahagian yang ditahan dalam Ops Hawk yang diadakan sepanjang tiga hari pada 5 hingga 9 September lalu. Foto: PDRM Pahang)
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Pahang telah merekodkan 9,662 tangkapan atas pelbagai kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah membabitkan nilai rampasan RM7.9 juta dalam tempoh lapan tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, sepanjang tempoh itu, JSJN telah berjaya membuat sitaan dengan nilai keseluruhan RM2.23 juta.

"Selain daripada tangkapan harian bermula Januari hingga 7 September lalu, JSJN Pahang sudah melaksanakan lapan operasi terancang dan enam operasi bersepadu.

"Operasi itu dilakukan sebagai usaha mengawal masalah dadah di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, Yahaya berkata, JSJN Pahang mengadakan Ops Hawk secara serentak membabitkan empat daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran dan Lipis pada 5 hingga 7 September lalu.

Menurutnya, operasi itu melibatkan 10 pegawai dan 89 anggota bersama enam anggota pasukan Polis Marin Wilayah tiga menyasarkan kawasan Felda, pesisir sungai dan jeti nelayan.

Tambahnya, sebanyak 141 serbuan dengan 287 pemeriksaan berjaya dilakukan sepanjang tiga hari operasi berkenaan.

"Dalam operasi kali ini, seramai 278 individu adalah lelaki dan sembilan individu adalah wanita termasuk remaja berusia 17 dan 60 tahun diperiksa.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, seramai 23 individu ditahan di bawah kategori kesalahan pengedaran, (62) memilki dan 194 bagi kesalahan urin positif," katanya.

Yahaya memaklumkan, 40 tangkapan yang dibuat dilihat berpotensi untuk dituduh di bawah Seksyen 39 C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Susulan itu, katanya, polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM RM38,830.

Ujarnya, rampasan tersebut melibatkan dadah dari jenis heroin sebanyak 450.03 gram, syabu (30.13 gram), ganja 11.84 gram, pil yaba 1,740 biji, pil psikotropik (5.25 gram) dan daun ketum (206.39 gram)

"Melalui operasi ini, JSJN Pahang berjaya menyita wang tunai dan kenderaan bernilai RMRM159,770," ujarnya.