Rumah hampir runtuh kerana hakisan tebing

Che Yuosniza menunjukkan keadaan beranda rumahnya yang runtuh akibat hakisan tebing sungai di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh pada Rabu.
Che Yuosniza menunjukkan keadaan beranda rumahnya yang runtuh akibat hakisan tebing sungai di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh pada Rabu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang penduduk di Kampung Lepah, Selising di sini berdepan detik cemas apabila beranda rumahnya runtuh akibat hakisan tebing sungai pada Rabu.

Situasi itu berlaku ekoran hujan lebat tanpa henti menyebabkan air sungai melimpah sehingga ke kawasan rumah sekali gus membawa kepada berlakunya runtuhan.

Che Yuosniza Izumi Che Zulkeple, 36, berkata, mujurlah isteri serta enam anaknya yang berusia 16 hingga 1 tahun tidak berada di rumah ketika kejadian.

"Dari awal lagi saya telah pindahkan mereka ke rumah keluarga yang terletak satu kilometer dari sini.

"Hal ini kerana keadaan rumah sudah tidak selamat kerana kedudukannya terlalu hampir dengan tebing sungai selepas berlaku beberapa runtuh semasa banjir Februari tahun lalu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Khamis.

Menurut petani itu, runtuhan tersebut menjadi lebih teruk apabila hujan lebat sejak Selasa.

Situasi itu berlaku ekoran hujan lebat tanpa henti menyebabkan air sungai melimpah sehingga ke kawasan rumah sekali gus membawa kepada berlakunya runtuhan.
Situasi itu berlaku ekoran hujan lebat tanpa henti menyebabkan air sungai melimpah sehingga ke kawasan rumah sekali gus membawa kepada berlakunya runtuhan.

Ujarnya, melihat situasi semasa runtuhan dijangka akan terus berlaku dan berkemungkinan rumahnya boleh runtuh dan dibawa arus.

Artikel Berkaitan:

Che Yuosniza memberitahu, aduan telah dibuat kepada pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Alhamdulillah kedua-dua pihak telah datang melihat sendiri keadaan runtuhan.

"Saya berharap tindakan segera dapat diambil kerana ia melibatkan nyawa," katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Lepah, Che Hamzah Che Ibrahim ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan berkaitan isu tersebut.

Menurut beliau, tindakan segera akan diambil bagi menyelesaikan masalah terbabit.