Pesara JKR didenda RM30,000, tipu ahli perniagaan

Tertuduh mengaku bersalah dan dikenakan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan.
Tertuduh mengaku bersalah dan dikenakan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan.
A
A
A

IPOH - Seorang pesara kerajaan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu permohonan permit kerja, 12 tahun lalu.

Ahmad Zainuddin Bontak, 65, yang ketika itu bertugas sebagai pembantu awam di Jabatan Kerja Raya (JKR) Ipoh membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh kemudian membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memperdaya seorang ahli perniagaan dengan mendorongnya menyerahkan wang sebanyak RM30,000 di sebuah restoran Jalan Tambun Sunway City Ipoh dalam daerah Kinta pada jam lebih kurang 11 pagi pada 19 Oktober 2012.

Bayaran itu didakwa bagi membantu permohonan permit kerja bahan batuan pasir di negeri ini sedangkan tiada permohonan permit kerja bahan batuan pasir dilakukan oleh tertuduh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 417 yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh memaklumkan RM30,000 tersebut adalah untuk bayaran kepada Pegawai Daerah.

Artikel Berkaitan:

Selepas enam bulan tiada sebarang maklum balas berkaitan permohonan permit tersebut, pengadu telah meminta tertuduh mengembalikan semula wang berkenaan, namun tertuduh memberi pelbagai alasan.

Siasatan kemudiannya mendapati, projek permit tersebut sebenarnya tidak wujud dan tertuduh juga mengaku telah membelanjakan wang yang diterima daripada pengadu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.