Ahli perniagaan didakwa tipu pelaburan kripto RM2.45 juta

Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu melibatkan pelaburan mata wang kripto berjumlah RM2.45 juta tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu melibatkan pelaburan mata wang kripto berjumlah RM2.45 juta tahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas satu pertuduhan menipu seorang individu melibatkan pelaburan mata wang kripto berjumlah RM2.45 juta yang tidak wujud, tahun lalu.

Johnathan Wong Futt Po, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu Adrian Sim Kwang Kai untuk membuat pelaburan dalam dua syarikat dan mendorong mangsa membuat bayaran ke akaun dompet mata wang kripto tertuduh, yang mana ia tidak akan diserahkan jika tidak diperdaya.

Kesalahan didakwa dilakukan di Menara Prestige, Jalan Pinang di sini, antara 23 Mei dan 3 Ogos 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohd Nawi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin, termasuk syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis sekali setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam, Devanandan S Subramaniam merayu agar anak guamnya diberi jaminan pada kadar rendah kerana dia perlu menanggung isteri dan lima anak berusia 19 tahun dan enam bulan.

Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 November depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: