Dua along simbah cat merah diberkas

Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk menyimbah cat merah di sebuah rumah di Kampung Padang Bongor.
Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk menyimbah cat merah di sebuah rumah di Kampung Padang Bongor.
A
A
A

KOTA BHARU - Dua lelaki yang bertindak sebagai along diberkas polis selepas menyimbah cat merah di sebuah rumah seorang peminjam di Kampung Padang Bongor di sini pada 14 Januari lalu.

Kejadian jam 7.30 malam itu disedari ibu mangsa selepas melihat kawasan hadapan rumahnya disimbah cat berwarna merah selain turut terkena pada sebuah kereta jenis Perodua Myvi bewarna biru milik jirannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berpandukan kepada keterangan daripada mangsa, pada tahun 2021 lalu dia telah membuat pinjaman wang melalui sebuah aplikasi berjumlah RM300.

"Bagaimanapun, mangsa hanya menerima wang pinjaman sebanyak RM150. Mangsa telah membuat bayaran semula pinjaman tersebut lebih kurang RM1,000 melalui aplikasi yang sama.

"Selepas itu, along telah meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM10,000 lagi. Namun mangsa tidak mampu membuat bayaran tersebut dan telah memadam aplikasi tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, bertindak atas laporan sepasukan anggota telah ke tempat kejadian dan memperoleh beberapa kesan cap jari.

Tambah beliau, polis menahan suspek dalam serbuan di sebuah rumah alamat di Kampung Padang Bongor sekitar jam 7.30 malam pada Khamis.

"Penahanan suspek pertama itu membawa kepada rampasan telefon bimbit, sebuah motosikal jenis Yamaha EgoS, sepasang kasut yang mempunyai kesan tompok merah disyaki cat dan lain-lain barang kes.

Artikel Berkaitan:

"Bertindak atas maklumat yang didedahkan oleh suspek pertama, polis juga menahan seorang lagi lelaki pada hari sama sekitar jam 11 malam di sebuah kedai makan di Kawasan Padang Garong.

"Kedua-dua suspek berusia 25 dan 26 tahun telah direman selama empat hari bermula Sabtu," katanya.

Menurut Muhamad Zaki, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.