Politeknik Kota Bharu julang seni budaya negara

KOTA BHARU - Politeknik Kota Bharu (PKB) menjadikan Festival Kebudayaan dan Warisan Ke-11 (11th FESKEW) Peringkat Kebangsaan sebagai platform menjulang seni budaya rakyat Malaysia dalam kalangan pelajar politeknik serta kolej komuniti seluruh negara.
Pengarahnya, Mohd Fikri Ismail berkata, festival tiga hari yang berakhir pada Selasa itu diisi dengan pelbagai aktiviti seni dan budaya turut menjadi serampang dua mata dalam menyuburkan lagi warisan bangsa itu dalam kalangan generasi muda.
"Kelestarian warisan seni budaya tempatan ini lebih mudah diperturunkan dari generasi ke generasi seterusnya, bahkan wajar untuk terus diendahkan.
"Hal ini kerana ia merupakan satu warisan yang perlu dikekalkan supaya ia terus malar segar dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.